Terkait kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Alya Iman pernah teruk dikecam netizen dua tahun lalu.
Terbaharu, pelakon berusia 21 tahun itu mengakui dia kini sudah kembali solo selepas putus cinta dengan duda anak dua, Ridhwan Rosli.
Mengulas mengenai perpisahannya dengan Ridhwan, Alya berkata mereka masih lagi berkawan baik biarpun hubungan yang dijalin sudah terputus di tengah jalan.
“Buat masa sekarang ini, ya… saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.
“Tapi saya ‘not available’ ya… bukan sebab dah ada someone baharu tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.
“Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa. Bagi saya, hubungan kami masih bersahabat… dan kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya kepada MH.
Ads
Alya ditemui pada majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Walaupun kisah mengenai kontroversi bercinta dengan suami orang sudah lama berlalu namun Alya tidak menafikan sehingga ke saat ini, masih ramai lagi orang di luar sana yang mengecamnya dengan pelbagai gelaran kurang enak seperti perempuan pisau cukur dan perampas.
Memahami asam garam bergelar anak seni, Alya yang juga merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha berkata dia menerima apa sahaja kecaman yang diberikan terhadapnya dengan hati terbuka.
Ads
“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.
“Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya.
“Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.
“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap fasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Alya kini tampil dengan filem pertama lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diterbitkan KRU Studios dan Bloombordia.
Filem tersebut turut menampilkan Nora Danish, MK K-Clique, Sham Visa, Yassin Yahya dan Vanessa Reynauld.
Filem arahan Eyra Rahman ini akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alya Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“12 tahun lepas, waktu baru mula berniaga dalam industri makanan, memang kerap sangat sewa lori. Selalu berangan nak beli lori sendiri.
“Tengok company orang ada lori mesti dalam hati berdoa satu hari nak beli lori. Tengok lori lalu sebelah kereta, mesti cakap pada encik suami, ‘Kita akan beli lori’,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, berkat usaha kerasnya selama ini, dia telah berjaya mempunyai enam buah lori miliknya sendiri.
“Alhamdulillah bukan hanya satu lori Allah bagi tapi dah masuk enam biji lori. Nikmat Allah manakah yang kita dustakan?,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Mila akan terus sukses lagi pada masa akan datang.
“Berangan je apa-apa nak dulu. Nanti lambat laun InsyaAllah dapat.
“Selalu berangan nak jadi macam Mila and team. Semoga terus sukses ya.
“Mempunyai bidang bisnes yang sama, saya harap satu hari nanti dapat menjadi seperti bizmilla. Semoga terus sukses.
“Terinspirasi betul dengan Mila ni.
“Tahniah Mila, adore sangat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Mila kini aktif menjalankan bisnes perancang perkahwinan dan katering.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan juga usahawan terkenal Indonesia, Raffi Ahmad merupakan antara anak seni yang berjaya mengemudi kerjaya dengan baik.
Khabar terbaru dari pemilik syarikat RANS Entertainment ini, dia telah membeli sebuah kereta mewah Rolls Royce jenis Phantom bernilai lebih IDR 20 Miliar atau bersamaan lebih RM6 juta buat isteri tercinta, Nagita Slavina.
Dalam satu majlis yang diadakan sebagai simbolik penyerahan kereta tersebut kepadanya, Raffi ditanya pihak media yang hadir mengenai pembelian ‘besar’nya ini.
“Kereta ini sebenarnya hadiah buat Nagita. Dia sebelum ini pernah menghadiahkan kereta untuk saya. Oleh itu saya menghadiahkan sebuah kereta untuk dia pula,” kongsinya tentang niat pembelian kereta tersebut
Sebelum ini Raffi telah memiliki sebuah kereta jenis Rolls Royce Ghost yang berharga lebih RM3 ke 4 juta namun membuat keputusan menjualnya dan menukarkan dengan kereta yang baru dibeli ini.
Menyambung perbualan bersama media, menurutnya lagi pembelian kereta mewah ini juga dibuat kerana jenis kereta ini klasik dan tahan lama.
“Tidak perlu berganti lagi, kita bila sudah tua makin suka yang klasik. Jadi biar yang ini menjadi klasik dan kalau disimpan dan diuruskan dengan baik, 10 tahun nanti kalau jenis ini harganya boleh naik lagi,” ujarnya lagi.
Bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini telah menyediakan ruangan khas di bahagian tempat letak kereta bawah tanah kediamannya. Ruangan tersebut khas untuk meletakkan kereta mewah yang hanya sesekali digunakan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah melahirkan perasaan kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengejek serta mengutuk penampilan rambut anak tunggalnya, Anais Adha.
Berkongsikan luahan itu di laman Instagramnya, Sakinah, 33, menyifatkan golongan sebegitu sangat menyedihkan.
“Kamu semua sangat menyedihkan!Mari kita bincangkan kenapa orang mahu mengutuk/mengejek rambut afro cantik yang dimiliki Anais,” tulis Sakinah di ruangan kapsyen.
Pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik tajuk berita sebuah portal tempatan yang melaporkan mengenai keadaan rambut anaknya yang menjadi bahan ejeken netizen baru-baru ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Sakinah dan anaknya agar tidak membaca komen-komen negatif tersebut.
Malah, kakak Sakinah, Sharifah Shahirah juga turut berkata rambut anak Sakinah mengambil gen daripadanya yang turut memiliki rambut jenis kembang.
“I selalu rambut macam tu siap ada kutu… kawan i ramai ok je happy. Ikut aku ler… ok je jadi orang,” tulis Shahirah.
“Crazy rambut gitu kena ejek… for me, her hair sangat unik dan cantik.
“Why people so rude! Perfect sangat ke mereka yang ejek tu?
“Yang ejek-ejek tu macam tak berakal pula. Nanti kata bodoh, marah.
“Kesian, budak kecil pun nak dikecam,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Anais, 5, merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Sakinah dengan bekas suami, Aliff Adha.
Sakinah kemudiannya berkahwin dengan jejaka Sweden, Michael Hansen dan kedua-duanya kini menjalani perkahwinan jarak jauh berikutan suaminya kini sudah kembali bekerja di negara kelahirannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...