Sebuah video memaparkan aksi pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ‘mencuci’ kucing menggunakan mesin basuh tular di media sosial.

‘Prank’ yang dihoskan oleh Alvin Chong telah tular di media sosial sejak semalam.Menerusi video itu, Alvin berpura-pura menjadi seorang pengguna di sebuah kedai dobi yang mahu membersihkan kucingnya dengan menggunakan mesin basuh.

Reaksi spontan orang awam dirakam menerusi beberapa buah kamera tersembunyi di dalam dobi tersebut.

‘Prank’ bermula apabila Alvin mengangkat kucing yang dibawa bersama, kemudiannya memasukkan ke dalam mesin basuh. Sejurus mesin basuh dihidupkan, satu speaker memainkan bunyi haiwan berkenaan yang mengiau dengan kuat konon-kononnya sedang ‘dibasuh’.

Orang awam yang berada di tempat kejadian terkejut dengan tindakan Alvin dan memarahi pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu.Ada juga yang bertindak ganas memukulnya.

IKLAN

Terdapat juga yang orang awam yangtakut dengan tindakan Alvin sehingga terpaksa meminta bantuan daripada suaminya untuk menyelamatkan kucing itu dan ada juga melarikan diri ketakutan.

Sebenarnya mesin basuh itu telah diubah suai untuk individu lain menyelamatkan haiwan itu dari bahagian belakang dan itu hanyalah sekadar ‘prank’.

Rata-rata netizen terhibur dengan perancangan rapi Alvin bersama kumpulannya untuk mengenakan orang awam dengan cara sedemikian.

IKLAN

Video yang dikongsikan oleh Toshiba Malaysia di Facebook itu telah ditonton lebih 1,201,578 kali, 2,000 komen dan mendapat 8,400 perkongsian.

Untuk semua, jangan tiru aksi ini kerana ini hanyalah lakonan semata-mata. 

IKLAN

 

Cat owner puts pet in washing machine – What would you do?

Cat owner puts pet in washing machine – What would you do?

Posted by maxman.tv on Monday, 12 June 2017

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI