Meskipun merasakan tempoh perkenalan mereka masih terlalu singkat, penyanyi, Ernie Zakri mendedahkan dirinya tetap reda dengan pemergian ibu mertua yang amat dicintainya baru-baru ini.
Menurut Ernie, dia sememangnya berasa amat bertuah kerana dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat penyayang serta memiliki hati budi yang sangat baik.
Katanya lagi, sepanjang lima bulan perkenalan mereka, ibu mertuanya itu telah banyak mengajarnya mengenai soal kehidupan.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
Umi saya telah pergi buat selama lamanya kelmarin. Alhamdulillah, perjalanan untuk urusan pengebumian dipermudahkan semalam. Syukur Ya Allah.
“Allah SWT pinjamkan Umi untuk saya selama 5 bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis manis. Subhanallah, rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun diberi masa singkat.
“I don’t know if i’ve been a good daughter in law to you and Ayah, but I know I have the best mother dan father in law ever. MasyaAllah,” tulisnya.
Ads
Luahan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu, Ku Bersuara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Syamel ini turut dilihat menitipkan doa semoga ibu mertuanya itu sentiasa tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Anak-anak akan rindukan Umi sangat sangat especially your keletah. Kami redha dengan pemergian Umi. Semoga Allah swt lapangkan kubur Umi ku seluas mata memandang. Itu doa yang Umi selalu amalkan.
“Thank you Umi. I love you so much. Hanya Allah swt yang tahu. Thank you for all the beautiful memories. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah swt balas kepada anda semua,” katanya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ernie dan seluruh ahli keluarganya.
“Aunty sangat baik. Walaupun berjumpa untuk urusan lain, namun ada sahaja selit-selit kata-kata dan tunjuk ajar.
“Ada hikmah semua ini. Kak Nini boleh tolong jaga anak-anak umi.
Ads
“Innalillahiwainnailaihirojiun, takziah buat adik sekeluarga. Allah lebih menyayangi Almarhumah.
“Salam takziah. Semoga Almarhumah ditempatkan bersama para solehah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, ibu kepada Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 22 Ogos yang lalu.
Difahamkan, Allahyarham hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ditidurkan.
Sekadar informasi, Ernie dan Syamel baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 Mac yang lalu.
Sumber: Instagram Ernie Zakri & Syamel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang difahamkan tampil berhijab bermula Maal Hijrah iaitu pada Selasa lalu memilih untuk menutup ruangan komen bagi perkongsian foto terkininya di Instagram.
Menerusi hantaran di platform berkenaan yang dikemaskini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin dirakam tampil sopan dengan menutup kepala dengan turban.
Lalu, pada ruangan kapsyen, Elizad menulis kata-kata berbentuk motivasi
Bagaimanapun menerusi satu perkongsian yang dibuat pada Jumaat di Insta Stories, Elizad seolah-olah menjawab kritikan warganet berhubung penampilan terkininya itu.
“Allahuakhbar, Elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik & istiqomah. Yg beberapa netijen nih, ADEEE JEEE TAK KENAAA.
“Ya, TAHU, belum sempurna. Jadi makasih di atas komen2, yg serba serbi x kena. Saje lah nak pesan…
“JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN (masih seperti dulu, bawak motor, positive, pokpekpokpek & suka nak berkawan!),” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas komen yang diiringi dengan doa yang baik-baik.
“Makasih juga buat semua, yg komen dgn ucapan, doa & kata2 yg baik.
“Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa (Surah An-Najm, ayat 32),” tulisnya lagi.
Malah, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut berkongsi beberapa foto daripada sejak hari pertama tampil sopan sehingga kini.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Janna Nick kerana sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai hos menerusi rancangan terbaru, ‘Banteras Covid-19’
Program berinfomasi ini bakal bersiaran di saluran TV1, bermula Ahad ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner ada berkongsi satu rakaman video promo rancangan tersebut buat tatapan umum.
“Realiti hari ini. Semuanya dalam #banterascovid19 Ahad ini,12 tengah hari di TV1 @rtm_malaysia 8.30 malam di @bernamatvofficial 9.45 malam di @tvstvmy ( nak pergi mana baju pink pink tu),” tulisnya.
Difahamkan, rancangan mingguan terbaru itu akan memaparkan pelbagai informasi terkini situasi pandemik Covid-19 negara untuk dikongsikan bersama penonton.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja serta menitipkan ucapan tahniah kepada bintang berusia 26 tahun.
“Hari Ahad kita sekarang bersama tv1…yeayy blh tgk kesygan tiap2 minggu,” tulis seorang peminat.
“Wahhh terbaik Janna ..btw congrats ..wajib tengok nnt ,” titip lagi seorang peminat yang lain.
“Program mmg mcm ni mmg kak Rozie paling suka tgk. Bila kesayangan jadi host, mmg Makin tak sabau nk tgk,” luah rasa teruja seorang warganet.
Sebelum ini, Janna bersama rakan pengacara Awal Ashaari pernah mengalas tanggungjawab sebagai hos rancangan hiburan popular Melodi yang bersiaran di TV3.
Bagaimanapun, perkhidmatan Janna sebagai hos Melodi telah ditamatkan oleh pihak stesen TV3 setelah hampir 4 tahun mengendalikan rancangan tersebut.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Lan Pet Pet menafikan dakwaan dia dikatakan melakukan aktiviti menjual barangan terlarang sekali gus tampil membuat penjelasan berhubung satu video tular yang diambil secara curi oleh seseorang, baru-baru ini.
Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata dia pada mulanya ingin mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video serta memfitnahnya, namun menarik semula hasrat tersebut selepas mendapat khidmat nasihat peguam.
Malah anggota kumpulan Senario ini juga mengambil pendirian untuk memaafkan individu serta sesiapa saja yang turut menyebarkan video tersebut hingga dia dikecam di laman sosial.
Pelawak berusia 52 tahun itu ditemui pada sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
“Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.
“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.
“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya tercalar. Lagipun, saya sudah memaafkan individu dan semua yang telah menyebarkan video tersebut selain memfitnah saya,” katanya.
Sementara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu, Lan mendedahkan dia mengambil serius hal tersebut kerana berunsur fitnah dan boleh mengaibkan nama.
Pada masa sama, Lan turut sedar terdapat segelintir pihak yang menyifatkan video tular terbabit sebagai salah satu gimik untuk dia menjual produknya.
Namun, menurut Lan, dia lebih berasa sedih apabila ramai netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap keluarga, ibu dan arwah bapanya.
“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik. Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya.
“Tapi sejujurnya saya agak sedih dan terkilan apabila ramai orang kecam keluarga saya termasuk ibu serta arwah bapa saya. Saya rasa sebak apabila terkenang wajah arwah bapa,” ujarnya.
Pada 5 Ogos lalu, tular sepotong video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan bersama seorang penunggang motorsikal.
Dia kemudian keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam, sejurus menyedari ia dirakam.
Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dipadam itu, rata-rata netizen mulai berteka-teki seterusnya memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang didakwa berdasarkan loghat percakapannya pada ketika itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...