“Allah Lebih Sayangkan Awak,”- Bekas Pembantu Peribadi DS Aliff Syukri Meninggal Dunia, DS Shahida Luah Rasa Sedih

Share

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram, isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida ada berkongsi khabar duka.

Memaklumkan bekas pembantu peribadi suaminya, Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi telah pun meninggal dunia.

Menurut Datin Seri Shahida, dia amat menyayangi bekas pengurus yang lebih mesra disapa Ghazi itu malah turut telah menganggapnya seperti adik sendiri.

“Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.

“Saya akan rindu awak Ghazi. Saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak,” tulisnya.

Berita tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah ibu Datuk Seri Aliff, Bonda Rozita Ibrahim.

Tambah Bonda Rozita, pemergian allahyarham Ghazi ada teguran buat kita semua bahawa kematian tidak mengira usia.

“Mak sangat terkejut ida ghazi, teguran untuk kita yang masih hidup umur tak kira usia sihat apa yang sakit yang didahulukan ataupun dilambatkan.

“Sebenarnya hidup menuju mati tujuan dihidupkan ialah mencari amal sebanyak mungkin,” katanya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber: Instagram DS Shahida

IKLAN