Sejak beberapa hari lalu, nama pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian warganet setelah pasangan tersebut difahamkan mendapat jemputan khas daripada usahawan tersohor, Tan Sri Vincent Tan untuk pergi bercuti dengan menaiki pesawat peribadi miliknya.
Perjalanan percutian tersebut dikongsikan oleh Hairul dan Hanis menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram mereka.
Terbaru, Hanis berkongsi perasaan dan pandangannya mengenai hikmah berkongsi rezeki buat tatapan para pengikutnya.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perasaan berbelanja dengan wang sendiri amat berbeza jika ingin dibandingkan apabila kita dibelanja oleh orang lain.
Hal ini kerana, Allah telah menggerakkan hati seseorang itu untuk menggembirakan orang lain.
“Sebab ramai tanya perasaan. Kita pula dah jarang gambarkan perasaan. Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri. Sebab bayangkan, Allah gerakkan hati orang lain, untuk gembirakan kita. Selalu tak terdetik?
“Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia NAK. Hati dia NAK. Rezeki kita tu Allah salurkan melalui orang lain. Orang tu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang Allah bagi. It’s beautiful,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Romeo Kota ini juga berpandangan, kita akan turut sama merasai ‘kemanisannya’ jika berkongsi rezeki bersama orang lain.
Ads
“Suami isteri pun macam tu. Walau isteri boleh beli apa yang diidamkan, tapi bila suami yang ‘takpe saya bayarkan’ ‘sayang nak yang mana’, seronoknya hati isteri tu kan.
“Staff pagi-pagi belanja bos roti canai. Orang beratur depan tiba-tiba bayarkan gula-gula anak kita kat kaunter. Berbunga hati!
“You can belanja just ANYONE. And the reward is actually for YOU too. (Tapi yang dalam gambar ni kita takleh lah nak belanja diri sendiri. Tak terjangkau),” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
Ads
“Your writing put a smile on my face. Betul tu bila orang belanja hati kite berbunga-bunga, bile kita sedekah pada orang hati kita pulak rasa bahagia takde kata-kata boleh gambarkan.
“Betul tu, Allah datangkan rezeki dalam pelbagai cara. Bergantung kepada penerimaan kita sama ada bersyukur atau tidak. Btw, happy sangat tengok your family.
“Sangat setuju. Rezeki hadir dalam berbagai bentuk, waktu dan keadaan. Orang yang sentiasa bersyukur Allah akan tambahkan nikmat BAHAGIA, TENANG Dan KAYA kepadanya. Itu janji Allah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Usaha pendakwah bebas Ustaz Uwais Qorny bersama pasukannya berjaya mencipta sejarah apabila program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi telah diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan pada sambutan tahun baharu 1 Januari lalu itu turut diiktiraf menerusi jumlah penyertaan tertinggi untuk program Talaqqi yang diadakan secara maya dengan melebihi 17,000 penyertaan.
Menurut Uwais, program talaqqi al-Quran anjuran Protaz International Sdn. Bhd. itu telah diadakan secara percuma selama 24 jam menerusi aplikasi Zoom bermula dari 7.27 pagi 31 Disember 2021 hingga tamat pada sekitar pukul 1 tengah hari 1 Januari 2022.
“Idea untuk mengadakan program ini datangnya daripada pengikut di media sosial dan para pelajar. Sebenarnya saya jarang adakan kelas Talaqqi sehinggalah satu hari saya ajak pengikut untuk sertai kelas Talaqqi yang berjaya tamat sebelum azan Subuh.
“Alhamdulillah ketika itu hampir 1,000 peserta masih setia bersama. Kemudian datanglah idea ini apabila nak buat kerja ‘gila’ menjelang tahun baru. Dalam tempoh 10 hari kami nekad adakan program ini dan tak sangka mendapat maklum balas yang sangat positif daripada orang ramai.
“Lebih menggembirakan saya mendapat energi yang sangat hebat daripada peserta yang majoritinya dalam kalangan warga emas. Mereka ini sanggup ajak anak dan cucu untuk sertai sekali,” katanya.
Malah diharapkan rogram tersebut dapat meningkatkan kesedaran umat Islam untuk memelihara keaslian bacaan al-Quran, secara tidak langsung.
“Antara tujuan utama saya adakan program ini adalah nak beri kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya membaca al-Quran dengan betul selain memahami pengertian setiap bacaan.
“Jadi salah satu caranya adalah dengan bertalaqqi.
Talaqqi secara mudahnya adalah berguru, dan jika dilihat masyarakat sekarang berguru melalui buku dan internet. Tetapi untuk membaca dan mempelajari al-Quran, perlu untuk pelajarinya dengan guru agar dapat menentukan sebutan dan tajwid yang betul.
“Saya harap peserta yang setia sehingga program ini tamat dapat menambah baik bacaan al-Quran mereka,” katanya optimis.
Alli Simpson, adik kepada komposer dan penyanyi terkenal asal Australia, Cody Simpson nampaknya sangat bertuah kerana masih hidup selepas patah tengkuk gara-gara terjun ke dalam kolam yang cetek.
Cody dalam hantaran di laman Insta-storynya menyatakan perasaan syukur kerana adiknya itu tidak mengalami kecederaan yang terlalu serius. Tulisnya, “Anda adalah keajaiban. Saya sayang kamu dan sangat bersyukur kerana anda selamat.”
Dalam kejadian yang berlaku awal tahun ini, dua bahagian pada tulang tengkuk Ali mengalami kecederaan teruk namun dia bernasib baik kerana kecederaan itu tidak menyebabkan kematian atau lumpuh kekal sepanjang hayat.
Seperti pesakit-pesakit lain yang dimasukkan ke hospital, setiap mereka harus melakukan ujian Covid-19. Gadis berusia 23 tahun ini yang juga merupakan bintang realiti TV tidak terlepas daripada melakukan prosedur tersebut, setelah melakukan ujian dia di sahkan positif.
Melihat kepada gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya, Ali mencoret satu nukilan panjang ekoran insiden malang itu.
Kongsinya, “Tiada pembedahan kecemasan perlu dilakukan. Saya telah dihantar pulang dengan pendakap leher yang akan saya pakai sentiasa untuk 4 bulan mendatang sementara leher saya sembuh dengan sendirinya. Saya amat bertuah kerana masih hidup dan tidak lumpuh seluruh badan. Kecederaan itu tidak mengenai saraf tulang belakang saya.”
Dia turut berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberikan sokongan moral dan bantuan kepadanya.
“Terima kasih kepada semua raka dan keluarga saya. Sentiasa menghubungai saya dan memasakkan makanan serta menghantar hadiah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua paramedic dan kakitangan perubatan kerana membantu saya, ia bermakna lebih daripada yang anda tahu,” ucapnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: Instagram Alli Simpson & Cody Simpson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose mendedahkan dia masih belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Uqasha Senrose berkahwin 5 November lalu.
Menurut Raysha, dia tidak menafikan selepas dua kakaknya iaitu Nelydia dan Uqasha masing-masing sudah bergelar isteri, ramai yang menunggu hari bahagianya.
Peminat mengetahui, Juara Dewi Remaja 2015 ini merupakan kekasih kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.
“Tekanan itu pasti wujud, tapi apabila orang tanya saya anggap ia satu doa. Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini.
“Saya tak nak terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Keutamaan saya sekarang adalah kepada kerjaya dan keluarga,” katanya.
Tambahnya lagi, meski hubungannya bersama Nabil sudah lama terjalin namun dia tidak bimbang sekiranya hubungan terbabit tidak kesampaian atau berdepan sebarang dugaan.
“Sejujurnya tiada langsung perasaan itu sebab saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan dia, ia pasti akan berlaku.
“Kalau ada jodoh adalah. Saya percaya dengan waktu tepat yang Allah sudah rancang untuk kami berdua. Insha-Allah apabila waktu itu sudah tiba, saya dengan gembiranya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi, memetik Harian Metro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...