Aliff Syukri Tanya… “Kenapa Isteri Tak Memahami Hobi Baru Saya Ni?” Datin Shahida Tulis Komen ‘Gila’

Share

Selepas mencuri perhatian kerana dikatakan mahu membela kambing di dalam kediaman mewahnya, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi pautan video terkait menerusi Instagram yang telah dikemas kini.

Katanya, isteri Datin Seri Nur Shahida seolah-olah tidak memahami akan hobi barunya itu.

“Kenapa wife sy x memahami hobi baru sy ni? Adalah hobi saya membela binatang ini sebab dodi x manja dgn saya dan Kenapa isteri @shahidadherbs saya tidak menggalakkannya?

“Apa patot saya buat? Cuba korang komen dekat bawah. Kalau nak tahu lagi sambungan video pada hanya di Tv Terlajak Laris,” tulis Aliff.

Menerusi video kurang dua minit itu, ia antara lain turut merakamkan aksinya yang sedang bermanja dengan dua ekor kambing yang dibela, selain turut ditegur isteri.

Malah menerusi ruangan komen, Shahida turut menyifatkan apa yang dilakukan oleh suami sebagai ‘gila’.

Terdahulu, Aliff mengakui mulai timbul idea untuk membela haiwan tersebut selepas kucing liar eksotik yang dibela sejak sekian lama dilihat gagal untuk dimanjakan dan mengganas.

Foto: Instagram Aliff Syukri.

IKLAN