Kerana tersebarnya sebuah video yang memaparkan Datuk Aliff Syukri menempatkan kucing kesayangannya di dalam sebuah tandas, Aliff telah diserbu oleh dua agensi penguat kuasa di rumahnya semalam.

Kejadian itu berlaku pada sekitar10 pagi tadi. Aliff yang telah diserbu oleh 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan Selangor berkata terkejut apabila pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap kucing baka Savannah.

Aliff Diserbu Kerana Kurung Dodi Dalam Tandas

Menurut jurucakap penguat kuasa veterinary, operasi itu mengambil masa kira-kira satu jam untuk melakukan pemeriksaan terhadap haiwan tersebut.

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.

“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.

Menurut juru cakap itu lagi, mereka dapati Aliff Syukri tidak melakukan sebarang penderaan sebaliknya menasihatinya untuk menambahbaik tempat peliharaan Dodi.

Ads

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.

“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya.

 

rumah dato aliff syukri diserbu gara @kucing_ajaib … . . ini vedio lama dulu seblum saya masukkan ditoilet yg lebih luas dan selesa..dulu masa saya masuk kan dodi dlm toilet sy tak berani post di ig dan fb sbb ramai yg dengki dan lapor pada kerajaan ?? . . “Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.“Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya. . . “Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.Sementara itu Datuk Aliff turut meluahkan rasa terkejut dengan serbuan yang dilakukan serta terkilan dengan laporan palsu orang ramai mengenai kucingnya itu. Pun begitu, Datuk Aliff bersyukur operasi ini dijalankan, sekaligus dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. . . Terdahulu menerusi Instagram, Datuk Aliff meminta orang ramai supaya tidak menuduhnya sesuka hati kerana beliau sudah mencuba sedaya upaya menjinakkan kucing liar itu hingga berhabis hampir RM10 ribu. (rtky/w) sumber @sinaronline

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Walaupun kesal dan terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan sehinggakan dirinya diserbu oleh penguat kuasa, Aliff tetap bersyukur dan menarik nafas lega kerana berjaya membuktikan beliau tidak melakukan sebarang penderaan terhadap haiwan tersebut.

Ads

Malah, menurut Aliff, melihat saiz haiwan tersebut yang lebih besar daripada tumbesaran yang sepatutnya, Aliff telah dinasihatkan untuk kurangkan kuantiti makanannya.

Bukan itu sahaja, Jutawan D’Herbs ini juga diminta untuk menyediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi.

Ads

Aliff Diserbu Kerana Kurung Dodi Dalam Tandas

Selepas bebas dari segala tuduhan, Aliff berharap para netizen untuk berhenti menuduhnya dengan pekaran yang tidak benar.

Tonton video penjelasan Datuk Aliff Syukri mengapa dia meletakkan ‘kucing ajaib’ di dalam tandas.

 

 

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Thursday, June 15, 2017

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI