Nampaknya liburan bintang Insta, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail ke Istanbul baru-baru ini memberi kenangan positif buat dirinya apabila dijemput sebagai speaker jemputan.
Difahamkan pada slot itu, Coco diminta untuk berkongsi pengalaman di sebuah institusi pengajian tinggi di Turki.
Menerusi video yang dikongsikan Coco di Instagram, dapat dilihat ibu kepada seorang cahaya mata itu sedang bercakap di hadapan sebilangan pelajar pada sesi berkenaan dalam bahasa Inggeris yang lancar.
“Tq for inviting me at bosphorus university in turkey as guest speaker sharing my life experiences. One of the most top university in turkey.
Ads
“Alhamdullilah perancangan Allah swt itu hebat. Ada benda yang harus aku tunggu, bukan semua datang sekelip mata,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.
Sementara itu menerusi Insta Stories miliknya juga, Coco turut berkongsi beberapa status yang berkisar mengenai lawatannya ke pusat pengajian terbabit.
Pelakon jelita, Syatilla Melvin ada memuat naik sekeping foto yang dirakam bersama adik-beradiknya yang lain.
Foto tersebut dirakam sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka dan pelancaran produk kerjasama mereka, Kekasih baru-baru ini.
Menerusi ruangan kapsyen, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla ada meluahkan pendapat dan nasihat perihal pertalian hubungan adik-beradik dalam ahli keluarga.
Kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, hubungan dia bersama adik beradik sangat akrab malah akan saling tolong menolong antara satu sama lain.
“Kami 4 beradik setuju utk share KEKASIH dalam satu masa apa yg buat KEKASIH dipermudahkan adalah, mungkin hubungan kami adik beradik “lain macam” sikit..
“hang bgi adik beradik aku sakit,hang mampoih dgn aku..atau hang bgi sakit aku,depa ada backup aku kat belakang..terlalu banyak keberkatan dalam hubungan adik beradik yg bersatu..
“org luaq tak selalu ada dgn kita time kita jatuh susah,tp adik beradik tetap ada kiri kanan kita.pandang muka mak ayah kita kalau hampa nk bepecah belah atau begaduh.
“tak kesian ka kat depa susah payah besaqkan kita semua rezeki allah terlalu lalu luassss… insyaallah kita sama2 share rezeki ok? @kekasih_hq,” tulisnya panjang lebar.
Bukan sedikit pandangan serong yang dilemparkan terhadap usahawan dan pempengaruh, Diva M apla kisah silam, penampilan serta perjalanan hidupnya kembali diungkit sekaligus menjadi bahan...