“Alhamdulillah Tahniah!,” – Emma Maembong Selamat Bersalin, Suami Kongsi Foto Dukung Bayi Comel Lelaki

Share

Suami kepada pelakon Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar mengesahkan isterinya itu telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu.

Berita gembira tersebut di kongsi Shazli menerusi satu hantaran terbarunya Instagram awal hari ini.

“Alhamdulillah, 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy,” tulis Shazli ringkas.

Menerusi pautan video pendek yang sudah pun ditonton lebih 100,00 kali itu, pada peminat tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Malah, ucapan sama turut diberikan rakan selebriti pada ruangan komen.

Pendedahan tersebut sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai desas-desus Emma yang dilaporkan sudah bersalin sebelum ini.

IKLAN