Anak perempuan kepada penceramah Datuk Ustaz Kazim Elias berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, remaja berusia 18 tahun itu berjaya meraih kesemua gred A dalam mata pelajaran yang diambilnya.
Perkara itu dikongsikan Kazim menerusi Facebook miliknya.
“Alhamdulillah… tahniah buat anak..
“Terima kasih kpd guru2 yg mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen turut berbangga dan mengucap tahniah diatas kejayaan tersebut.
Foto: Facebook Ustaz Kazim Elias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Tak Kuat Bila Sampai Rumah Kau Bam,” – Video Fad Bocey Peluk Ali Puteh Buat Ramai Sebak, Runtun Hati
Pelawak Fad Bocey nyaya tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu sahabatnya, Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.
Lebih syahdu, kedua-duanya dalam berpelukan dirakam menangis ketika mencium dan mengenggam baju Abam sebelum.
Menerusi posting terbaru di Instagramnya pula, Fad menyatakan dirinya tidak kuat apabila tiba di kediaman Allahyarham di Gombak.
“Aku tak kuat bile sampai rumah kau bam,” tulisnya ringkas menerusi satu potongan video pendek yang dikongsikan.
View this post on InstagramAku tak kuat bile sampai rumah kau bam😔😔 @acheykintangkintung @aliputeh89
A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on
Terdahulu, Fad sekeluarga berada di Jepun untuk bercuti dan berita pemergian Abam yang juga anggota kumpulan Bocey nyata meruntun hati.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Allahyarham meninggal dunia pada usida 32 tahun.
Foto: Instagram Fad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Misha Omar Sporting Bawa Anak Tengok Konsert Billie Eilish, Sekarang ‘Menabung’ Untuk Konsert BTS Pula
Kehangatan penganjuran persembahan pentas dan konsert kembali rancak selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.
Terbaharu, konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri lebih 25,000 peminat setianya pada malam Khamis.
Penyanyi Misha Omar tidak ketinggalan berkongsikan momen anak sulungnya, Muhammad Adam Emir serta sepupunya yang menghadiri konsert tersebut menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.
Secara berseloroh, Misha berkata dia tidak menyertai anaknya menonton konsert tersebut kerana sudah puas berseronok melayan konsert Anuar dan Ziana Zain yang diadakan pada 6 Ogos lalu.
“Cik Billie Billie Eilish, anak-anak Kak Mitch dengan Kak Mimie (kakak Misha Omar) pergi tengok konsert awak malam ni (Khamis) tau.
“Kak Mitch dengan Kak Mimie tak ikutlah sebab hari itu dah berdendang sakan dekat konsert kak Ziana & Anuar Zain.
“Lepas ini nak layan konsert Syamel-Ernie, lepas itu bulan November nanti nak tengok konsert Datuk M. Nasir dengan MPO pula.
“Hidup ni macam itulah dik…mak mak enjoy, anak pun kena enjoy,” tulis Misha.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada peminat yang mengajak Misha untuk pergi menonton konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil pada bulan Mac tahun hadapan.
Misha memberikan respon dia kini sedang ‘menabung’ untuk membeli tiket konsert satu lagi kumpulan K-pop terkenal, BTS sekiranya mereka benar-benar akan singgah ke Malaysia untuk konsert jelajah nanti.
“Blackpink tak mahu, BTS akak (Misha) dah menabung untuk tiket kakak dan anak-anak,” balas Misha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naim Daniel Kemalangan Pagi Tadi, Rahang Terkehel
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel sebentar tadi memaklumkan dirinya telah mengalami kemalangan ketika sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Purnama itu menerusi Instagram.
Kelihatan kereta yang dipandunya remuk di bahagian hadapan. Naim bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya memberitahu bahagian rahangnya kemungkinan terkehel.
“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tenang menghadapi ujianNya, Naim juga menzahirkan rasa syukur kerana beranggapan apa yang terjadi adalah rezeki untuknya pada hari ini,
Dia pada masa sama turut berkongsi keadaan kereta yang dipandunya secara terperindi di Insta Stories.
Serentak dengan makluman tersebut, rakan selebriti termasuk peminat meminta Naim agar kuatkan semangat dan jaga diri di samping meluahkan rasa lega kerana tiada sebarang kecederaan serius berlaku terhadapnya.
Foto: Instagram Naim Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI