“Alhamdulillah Syukur,” – Penantian 5 Tahun, Isteri Ameer Sofazr Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Share

Penyanyi Ameer Sofazr memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan permata hati seberat 3.1 kilongram itu pada Selasa.

Ameer atau nama lengkapnya Amir Mahiyiddin, 34, berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram.

Pada masa sama, Ameer menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan buat isteri serta anaknya.

“Alhamdulillah syukur,

isteri saya @aurora_aulia93 dah selamat melahirkan Puteri sulong kami, @7.40pm

27/10/2020 @3.1kg.

“Terima kasih pada seluruh family, saudara, sahabat, kawan², peminat² & semua yg mengenali kami kerana mendoakan buat isteri & anak kami. Smoga kite semua sentiasa dlm lindunganNYA & rahmatNYA.

Amin…

“In shaa Allah dengan rezeki & amanah yang diberikan olehNYA akan ku jaga sepenuh hayat… Terima kasih semua…#syukuralhamdulillah

#penantian5tahun

#callmedaddy

#princessdaddymummy

#babygurl

#anakdaddyandmummy

#newjurney,” tulisnya.

Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.

Foto: Instagram Ameer Sofazr

IKLAN