Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan ada berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya selepas diundang sebagai tetamu jemputan untuk program Naura Shares.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberitahu perihal hubungannya bersama Yang Maha Pencipta.
Kongsi Alyah, dirinya dulu sangat alpa dengan duniawi namun kini semuanya berubah selepas mencuba untuk mencari kerehdaan Allah SWT.
“Dulu saya amat kesah tentang apa pandangan orng terhadap saya. Setelah saya mempelajari apa tujuan hidup dan kemana kita selepas hidup.
Ads
“Alhamdulillah saya Sedang berusaha utk Allah swt kesah tentang saya. Walau seburuk mana pon kita dimasa lampau, tiada manusia bole menghakimi kita. Kerna Baginda Rasul SAW juga tidak pernah melakukannya.
“Dan Allah swt maha pengasih ,maha penyayang juga maha pengampun. Dia akan menanti kita di penghujung. Usahakanlah penghujung yg baik wlu pun permulaan kelam dan kelabu.
Ads
“Jadi ikhlaslah dlm segala hal kerana Allah SWT. Berbuat baik selagi mampu, semoga kita dipandang Allah swt nanti di sana dgn pandangan kasih dan syg Amin3,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Program bual bicara Naura Shares disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Naura (125). Semoga perkongsian Alyah dapat dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, lagu Sampai Bila berjaya melakar pelbagai catatan manis dalam kerjaya penyanyi terkenal Misha Omar.
Lalu rentetan daripada sukses tersebut, penyanyi kelahiran Kelantan itu sering diasak persoalan daripada peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculan single terkininya.
Bagaiamanpun bagi Misha, desakan tersebut tidak sekali-kali memberinya tekanan, sebaliknya menyifatkan keterujaan peminat itu sebagai isyarat kehadirannya sentiasa dirindui.
Hampir dua tahun membuai emosi peminat dengan Sampai Bila, Misha akhirnya berkongsi berita gembira apabila single terbarunya, Tanpa Rela bakal menemui umum pada pertengahan bulan depan.
Single itu cukup memberi Misha kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila berpeluang memberikan sentuhan untuk lagu berkenaan.
Selain bertindak sebagai komposer, turut sama terlibat di dalam pembikinan Tanpa Rela termasuk Sze Wan manakala Slen dan Zul bertindak sebagai penulis lirik di samping Misha sendiri.
Pada masa sama, Misha menjelaskan semangatnya hadir untuk menghasilkan melodi Tanpa Rela selepas mendapat inspirasi menerusi sambutan luar biasa yang diterima ketika menjayakan konsert This Is Misha di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang lalu.
“Selepas 18 tahun dalam industri muzik, saya terfikir mengapa tidak saya memulakan satu langkah ke hadapan dengan menghasilkan melodi.
“Biarpun proses penghasilan Tanpa Rela menuntut perjalanan yang panjang, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila dipertemukan dengan pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya, April tahun lalu.
“Dari situ, kami mula rapat hingga tercetus idea untuk menjalin kerjasama dalam penghasilan single terbaru ini. Saya bersyukur kerana Sze Wan banyak memberikan tunjuk ajar, malah sentiasa sabar melayani kerenah saya yang masih hijau dari sudut komposisi lagu,” katanya.
Mengakui kejayaan Sampai Bila turut mendorongnya untuk meletakkan standard lebih tinggi dalam penghasilan single terbaru, Misha berkata, perkara itu membuatkan dia begitu teliti sebelum melangkah ke studio rakaman pertengahan Julai lalu.
Tambahan pula, Tanpa Rela adalah single pertama ciptaannya dan Misha turut memasang harap agar lagu tersebut berjaya memenuhi kehendak pencinta muzik tempatan.
Lalu, Misha mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal secara lebih intensif bersama pensyarah vokal berkaliber, Datuk Syafinaz Selamat demi memastikan dia mampu memberikan penghayatan dan penyampaian terbaik untuk Tanpa Rela.
“Tanpa Rela memberikan banyak pengalaman manis untuk saya kenang. Tidak hanya menjadi lagu pertama yang saya hasilkan, saya juga teruja kerana buat kali pertama dapat bekerjasama dengan Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik, saya juga terbabit dalam penulisan lirik.
“Apabila semua proses awal selesai, saya mendapatkan khidmat Datuk Syafinaz untuk membantu dari sudut penghayatan dan penyampaian lagu. Ia bukan perjalanan yang mudah, malah kami banyak berbincang bagi menceritakan emosi yang diluahkan menerusi setiap bait lirik.
“Untuk karya pertama ini, saya tidak mahu syok sendiri, sebaliknya saya turut membuka ruang untuk bekerjasama dengan banyak pihak kerana mahu memberikan yang terbaik kepada semua.
“Jujur saya akui, saya berasa selamat kerana di sisi saya ada banyak tangan, termasuk penulis lirik berpengalaman, Slen yang sentiasa bersedia memberikan magis mereka untuk melihat Tanpa Rela mencatat kejayaan membanggakan,” katanya.
Meskipun proses itu ada ketika memberinya tekanan, malah pernah membuatnya sukar melelapkan mata, Misha berdoa segala usaha dan kerja kerasnya itu membuahkan hasil yang diharapkan.
“Selalunya apabila sudah membuat persediaan rapi, ia memudahkan lagi tugasan sebelum melangkah ke studio rakaman. Saya pula sebaliknya.
“Saya menjadi semakin takut dan tidak senang duduk, terutama apabila memikirkan harapan tinggi yang diletakkan peminat. Ia cukup membuatkan saya resah.
“Namun, saya percaya, apabila sudah memberikan sepenuh hati, usaha itu harapnya dapat sampai dekat di hati peminat. Itu lebih penting kerana dokongan peminat menjadi kekuatan untuk saya berdiri selama ini,” katanya.
Tidak menafikan, semakin tidak sabar menanti detik Tanpa Rela dilancarkan, Misha berharap, usaha itu memberikan anjakan supaya dia lebih bersemangat dan serius mengorak langkah menjadi insan seni disegani.
“Tanpa Rela memberikan makna yang begitu besar dalam kerjaya nyanyian saya. Prosesnya tidak mudah kerana semua pihak yang terbabit, terutama Sze Wan dan Datuk Syafinaz begitu teliti.
“Mereka mementingkan kesempurnaan dari semua sudut dan sebagai penyanyi, kepercayaan besar mereka membuatkan saya berasa dihargai serta disayangi.
“Saya berharap Tanpa Rela akan menjadi penyambung legasi Misha Omar dalam perjalanan menuju dua dekad sebagai insan seni,” akhirinya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Achey berkongsi berita gembira apabila kini mendiami kediaman yang lebih selesa untuk keluarga tersayang.
Menurut Achey menerusi entri terkininya di Instagram,dia turut memanjat rasa syukur apabila impiannya selama ini tercapai meski mengambil masa selama 10 tahun.
Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan kejayaan merealisasikan impian turut disokong dengan perniagaan selain doa semua.
“Syukur… saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.
“Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.
“Bisnes juga membantu sgt2 kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya..sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga..tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.
“Dugaan?..yea penat dengan dugaan..kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab,” jelasnya.
Achey turut berterima kasih dan memberikan kredit terhadap antara insan yang banyak membantunya sepanjang proses mendiami kediaman impian.
“Takleh taip panjang2… next gambar kita cerita lagi k.
“Terima kasih kepada insan2 dibawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian,” tulis Achey.
Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengesahkan hubungan mereka putus di tengah jalan, pasangan pelakon, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat selesa membawa haluan hidup masing-masing.
Setelah sekian lama dilihat tidak bersama, Mimi menerusi posting terkini ada memuat naik foto terbaru bersama Syafiq ketika menjadi tetamu jemputan di sebuah program televisyen.
Pasangan pelakon tersebut dilihat hadir ke program berkenaan bagi mempromosikan sebuah drama pendek berjudul Serikan Hatimu 2 yang turut dilakonkan mereka.
“Hi nama i INTHON !! Siapa tengok #serikanhatimu2 ?,” tulisnya.
Foto yang dimuat naik di akaun Instagram itu nyata mengundang reaksi pelbagai netizen selepas meraih lebih 20,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.
Malah, mereka turut memuji sikap profesionalisme yang ada pada pelakon tersebut.
Drama pendek Serikan Hatimu 2 bakal bersiaran pada setiap Isnin, jam 9.50 malam di TV3.
Selain Mimi dan Syafiq, drama ini turut menampilkan seorang lagi pelakon popular yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz.
Sumber: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...