“Alhamdulillah Pandai Ikut Solat Berjemaah Dan…,” – Cecah Usia 6 Tahun, Fasha Kongsi Perkembangan Anak Sulung

Share

Awal malam tadi, pelakon jelita Fasha Sandha ada memuat naik sekeping foto anak pertamanya, Putra Rayfal Ramli yang kini sudah pun pandai mengikut solat secara berjemaah.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, anak lelaki kepada pelakon Teratai Kemboja yang lengkap berkopiah itu dilihat berada di saf bersama kanak-kanak yang lebih berusia daripadanya.

“Alhamdulillah pandai ikut berjemaah solat, dan duduk diam2 dan behave waktu2 macam ni…Anak ibu dah besaq.. April ni cukup 6 tahun.. sapa nampak anak besaq masih macam baby?,” tanya Fasha.

Selain Rayfal, Fasha turut mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Putri Raysha Jemyma hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ashram Ramli.

Fasha kini sudah pun bergelar tunangan kepada pelakon, Aidil Aziz.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN