“Alhamdulillah Lengkap Sepasang!” – Pelakon Ana Dahlia Selamat Timang Bayi Lelaki

Share

Satu posting yang dikongsikan pelakon, Ana Dahlia di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum mencuri perhatian para pengikutnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di dalam sebuah video pendek, Ana ada menyatakan kegembiraan atas kehadiran bayi lelaki di dalam hidupnya.

“Welcm to the world!!my best frd ever, bcoz of u ,the love stronger, days shorter , nights longer ,bankroll smaller , home happier , clothes shabbier , the past forgotten & the future worth living for.

“Alhamdulillah for everything.. love #baby #newborn #newbornbaby #newlife #newlifestyle #babyboy #happiness #family,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, Ana turut menyatakan ucapan terima kasih atas dedikasi tahniah yang diberikan.

Sementara itu menerusi sebuah akaun Instagram @dian.aqilah yang dikhaskan buat anaknya, Ana turut berkongsikan beberapa foto dua pemata hatinya itu

Sebelum ini pada Ogos tahun lalu, ramai peminat tertanya-tanya sama ada bintang drama bersiri, Metro Squad ini sedang hamil anak kedua kerana memuat naik gambar bersama ‘baby bump’.

Ana bagaimanapun mengesahkan berita gembira tersebut pada ruangan komen.

Terdahulu, Ana yang digilap bakatnya dalam program realiti Pilih Kasih berkahwin dengan Ashraf, iaitu anak pengarah, Datuk Jurey Latiff sekitar Ogos 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sebelum ini, Ana pernah mendirikan rumah tangga dengan anak cef selebiriti, Chef Wan iaitu Chef Riz. Namun, mereka tidak dikurniakan anak.

Foto: Instagram Dian.Aqilah

IKLAN