Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia mahu memanfaat seterusnya memperbaiki hubungan bersama pelakon Syafiq Kyle.
Meskipun tidak menyatakan secara rasmi kembali rapat, namun perkongsian Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin dalam Instagram (IG) Story, beberapa bulan lalu bagai mengesahkan hubungan kembali bertaut.
Posting itu memaparkan video dan foto sejambak bunga dengan diiringi kad yang tertera ucapan romantis sempena sambutan ulang tahun Mimi ke-25 pada November, tahun lalu pemberian Syafiq.
Memetik Berita Harian, Mimi menyifatkan hubungan yang termeterai sejak enam tahun lalu sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Menurutnya lagi, hubungan yang pernah renggang sebelum ini telah membuatkan keduanya lebih matang dalam perhubungan.
“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang.
“Kami sudah lama menjalinkan hubungan cinta, hendak masuk enam tahun. Setiap tahun, daripada tahun pertama hingga sekarang, banyak perkara dipelajari.
Ads
“Antaranya, jika mahu selesaikan sesuatu masalah, kita kena sama-sama menghadapinya dengan cara lebih matang.
“Perkara utama dipelajari daripada perpisahan ini ialah kami perlu kenal diri dan menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain,” katanya yang dipetik.
Ditanya mengenai perancangannya untuk ke fasa berumah tangga, pelakon tinggi lampai ini menyifatkan dia kini sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik.
Ads
“Jika kita sendiri tidak mampu nak menyayangi diri sendiri, mana mungkin mampu melakukan perkara sama pada insan lain. Justeru, saya dan Syafiq perlu ada sifat ini untuk mencipta hubungan yang berlandaskan cinta sejati.
“Apabila bercinta, memanglah kami ada perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Namun, dengan situasi sekarang, ia bukanlah masa yang sesuai.
“Tarikh perkahwinan memang tiada lagi. Jika nak diikutkan, saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma, saya tidak tahu bila. Cepat atau lewat, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan.
“Pada waktu ini, saya hanya mahu menjadi seorang insan dan wanita yang lebih baik. Apapun, saya percaya, jika niat murni, Tuhan akan permudahkan,” jelasnya lagi.
Ads
Mimi akui, perkara itu pernah dibincangkan bersama pelakon drama rantaian Nur itu, namun ia hanyalah sekadar perbualan biasa.
Dia pada masa sama percaya rezeki ditangan Allah SWT, Mimi menjelaskan dia tidak risau mengenai soal naik tirun populariti selepas berkahwin nanti.
“Jujurnya, saya tidak pernah risau soal populariti terjejas apabila sudah bergelar isteri. Saya percaya semua ini sudah diatur Tuhan. Saya tidak boleh tolak atau merungut.
“Mungkin ada orang berpendapat, rezeki pada mereka adalah kemasyhuran dan duit. Pendapat orang berbeza-beza. Saya pula lebih yakin perkahwinan akan lebih membuatkan rezeki seseorang bertambah,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Mimi kini muncul menerusi drama rantaian, Masih Ada Rindu bersiaran di slot Akasia di TV3. Drama arahan Osman Ali itu menyaksikan dirinya bergandingan dengan pelakon hebat, Farid Kamil.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Shahrol Shiro mengakui berasa amat teruja apabila berkesempatan untuk sama-sama turun padang bersama para sukarelawan bagi membantu para penduduk di Kluang, Johor untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
Menurut Shahrol, dia juga mahu memanfaatkan kesempatan ini untuk menyebarkan kepada orang ramai mengenai kebaikkan vaksin bukan sahaja buat diri sendiri tetapi untuk masa hadapan negara.
“Bukan saya tapi kita. Kita bergerak bersama membantu mereka untuk mendaftar Vaksin.
“Terima kasih diucapkan kepada anak muda Southern Volunteers Kluang yang bersama membantu warga Taman Kluang Barat untuk mendaftar vaksin dan memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak, Shiro itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrol turut mendedahkan dia sebolehnya mahu menjadikan Kluang sebagai salah satu daerah yang berjaya melawan Covid-19 secara total.
“Terima kasih juga kepada penduduk setempat yg sudi memberi kerjasama terbaik pada kami dan terima kasih kepada 483 orang yg mendaftar hari ini.
“Niat kami cuma satu iaitu menjadikan daerah Kluang berjaya melawan covid19.
“Kepada warga di sana yang terlepas untuk mendaftar boleh hubungi nombor yang diberikan di gambar tersebut. Insyaallah kita boleh lakukan,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga segala yang diusahakan oleh Shahrol ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah, terbaik. Ini patut dijadikan contoh kepada rakan-rakan artis kita. InsyaAllah harap semuanya dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah yang dapat membalas jasa kalian.
“Tahniah sahabat. Semoga usaha ini diperluaskan lagi. Moga dipermudahkan urusan.
“Alhamdulillah, syukur. Teruskan perjuangan mu. Semoga diberkati Allah SWT.
“Ini yang terbaik. Saya sokong tindakan pantas ini.
“Tahniah, you’ve done a great job,” antara reaksi-reaksi positif yang diberikan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ara Johari merakam detik manis bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 apabila ia turut diraikan bersama kelab peminat yang dilangsungkan secara virtual.
Menerusi Instgram, Ara yang kini dengan lagu baharu berjudul Tetap Aku Cinta itu berkongsi beberapa foto sekitar sambutan.
Meski ia sederhana, namun pastinya memberi makna apatah lagi ia diraikan dalam suasana berbeze bersama peminat tersayang.
“The best gift ever! Walaupun lockdown, @arasquadrasmi still ada je plan to surprise me with something. Thank you support ara dari dulu sampai sekarang, ara sayang korang.
“And thank you for those yang wish ara, hope the best for all us for the upcoming year. Stay safe,” tulis Ara pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat lainnya turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang ini selain mendoakan agar urusan Ara dipermudahkan.
Polis menahan seorang selebriti wanita kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata artis berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai dan menahan seorang perempuan berusia 34 tahun.
“Suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.
“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, suspek diberi jaminan polis selepas diambil keterangan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...