Menerusi entri terkini di Instagram milik isteri kepada Chef Fikree, iaitu Zuriehan telah membuat pengakuan bahawa rumah tangganya bersama suami sudah berakhir, hari ini.
“alhamdulillah fikree dah lepaskan saya dgn cara baik..so saya akan private kan account balik dan delete the ugly post.
“i just want his attention and ive got it. terima kasih byk2 ats doa dan kind words from all those who cares.
“bersyukur allah berikan saya ketenangan dan kekuatan utk lalu ujian dia yg satu ni..semoga allah teruskan melindungi saya dan Jayden.
“amin amin amin. (boleh unfollow kalau dh tak interested ya. Thank you.)”tulisnya.
Ads
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu telah meluahkan rasa syukur atas dugaan yang menimpa dalam rumah tangganya itu.
Ads
Dalam pada itu, rakan-rakan dan ahli keluarga Zuriehan telah memberikan kata-kata semangat diruangan komen gambar tersebut.
Ads
Diharapakan Zuriehan diberikan kekuatan dan kesejahteraan hidup dalam menghadapi ujian kehidupan.
Penerbit dan pengarah, Sheila Rusly sekali lagi menegaskan pihaknya tidak akan menyambung atau melakukan sequel drama terbitan syarikatnya iaitu Leftenan Zana meski mendapat reaksi baik penonton terhadap drama rantaian itu sebelum ini.
Bagaimanapun jelas Sheila kepada MH, dia masih lagi berminat untuk terus terokai drama yang mengangkat badan beruniform berkenaan dan mengakui sudah pun melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
“Ya…Leftenan Zana tidak akan disambung. Saya akan buat sebuah lagi drama rantaian yang bercorak sedemikian InsyaAllah. Cuma ia masih dalam perbincangan dengan pihak MINDEF dalam mencari genre yang bersesuaian.
“Kiranya kali ini kami bercadang untuk hasilkan drama yang boleh menyuntik semangat penonton.
“Kalau sebelum ini mereka yang dahulunya sudah sertai kadet dan kemudian mahu jadi apa pula. Kiranya akan beri motivasi kepada mereka untuk pergi ke tahap seterusnya,” kongsi Sheila.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Ditanya mengapa pula tidak mengangkat Leftenan Zana sebagai sebuah naskhah filem pula, ibu kepada dua cahaya mata ini punyai pendirian tersendiri.
“Kalau saya mahu angkat Lefetenan Zana ke filem, saya tidak boleh hasilkan kisah mengenai kadet lagi sebab kisahnya sudah habis di situ. Fasa tersebut sudah selesai. Jadi kena pergi ke peringkat yang seterusnya.
“Untuk ke peringkat seterusnya itu, saya kena lakukan drama terlebih dulu. Yang pasti bukanlah kisah Tentera Udara sebab kita sudah ada Paskal. Jadi biarlah saya fokus kepada Tentera Darat,” akhirinya.
Bersempena dengan Hari Ibu pada hari ini, pelakon Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah kereta mewah buat ibu tercinta yang kini berusia 77 tahun.
Perkara itu dikongsikan Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor di Instagramnya.
“Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara.
“Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah. ???❤#HappyMothersDay,” tulisnya.
Dipetik daripada Utusan Online, penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainudin tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke hospital Sabtu lalu akibat serangan strok.
Menurut isteri, Datin Effa Rizan, doktor tidak dapat melakukan pembedahan ketika ini akibat kondisi suaminya yang terlalu lemah,” katanya dipetik.
Penyanyi lagu Joget Kaki Lima itu dikejarkan ke Hospital Selayang selepas tidak sedarkan diri pada petang Sabtu lalu. Ini merupakan serangan strok kali kedua selepas serangan pertama sekitar 2016 yang mengakibatkan dia lumpuh sebelah kiri.
“Sebelum ini, dia berjaya mengharungi serangan strok pertama. Allah bagi saya peluang untuk jaga dan berada di sisinya selama dia sakit.
“Alhamdulillah, saya selalu minta kekuatan untuk menjaga suami ketika sakit dan itu yang Allah makbulkan. Insya-Allah, saya dan keluarga kuat menghadapi ujian ini,” katanya.
Foto : Utusan Online, Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.