Pelakon, Adam Corrie berkongsi beberapa foto saat anak sulungnya, Adam Fateh Lee yang baru berusia 5 bulan disunatkan di sebuah hospital swasta.

Di ruangan kapsyen, Adam juga sempat berkongsi pengalamannya bersunat ketika berumur 38 tahun.

“Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan. Fateh kuat, ini muka belum Ssunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat dan gambar no 3, dah selesai Sunat.

“Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW. Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi.

IKLAN

“Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat.

“Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah. Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah.#adamcorrie #adamfatehlee #sunat #khatan #5monthsold,” tulisnya.

IKLAN

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang berkongsi pengalaman bersunat anak-anak yang masih bayi, kebanyakkannya mengakui lebih mudah dijaga berbanding dengan yang sudah besar.

IKLAN

“Alhamdulillah, Fateh Dah Sunat,” – Adam Corrie Dah Khatankan Anak Cecah Usia 5 Bulan “Alhamdulillah, Fateh Dah Sunat,” – Adam Corrie Dah Khatankan Anak Cecah Usia 5 Bulan

Alahai, kuatnya Fateh! Kalau dilihat foto yang dikongsi Adam itu, dia kelihatan tenang sahaja. Apa-apapun, MH doakan semoga dipermudahkanlah semuanya untuk Fateh ya.

Foto/ Instagram: Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI