“Alhamdulillah Aidil Adha Pertama Buat Puteri Long Harissa,” – Sheera Iskandar Kongsi Nama Anak

Share

Pelakon Sheera Iskandar berkongsi nama puteri sulungnya.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Gerak Khas: Undercover ini perkongsian di Instagram yang dikemas kini.

Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra turut bersyukur kerana dapat meraikan Hari Raya Qurban bersama keluarga kecilnya.

“MasyaAllah Tabarakallah, Alhamdulillah AidilAdha pertama buat Puteri Long Harissa. Salam AidilAdha dari keluarga kecil kami; Harissa,Sheera dan Halim.

“Baby Harissa suka senyum,” tulisnya yang disertakan dengan foto dia memangku Harissa bersama suami, Mohd Halim Abdul Gani.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan ucapan hari raya, selain meninggalkan komen baik-baik buatnya seisi keluarga.

Sebagai informasi, Sheera selamat melahirkan anak perempuannya pada 22 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN