Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau sinonim disapa sebagai Madammu bersyukur apabila sudah mendapat tarikh untuk bersalin anak sulungnya menerusi kaedah pembedahan.
Menurut Eriyca, impiannya untuk bersalin normal tidak kesampaian kerana menurut doktor ia boleh mendatangkan risiko buat bayi dan ibu.
“Alhamdulilah hari ini Madammu & TP (suami) dah dapat date untuk Czer! Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin Normal kerana doktor kata terlalu berisiko untuk Madammu dan baby kerana Madammu ‘High Risk Pregnancy’.
“Tak apa la. Dapat Baby pun dah bersyukur sangat apa yang penting Madammu & baby Selamat. Doakan Madammu semua ya. Dah tak sabar nak jumpa Baby A,” jelasnya.
Konsert kumpulan Kpop popular, Blackpink berlangsung dengan jayanya pada malam Sabtu dengan dianggarkan lebih 60,000 Blinks (gelaran peminat Blackpink) membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kebanyakan yang hadir tampil berpakaian berwarna hitam dan merah jambu, sesuai dengan nama girl group tersebut.
Mencipta kelainan dan tampil lain daripada yang lain, pengacara Nabil Mahir muncul dengan busana baju melayu berwarna merah jambu.
Isterinya, penyanyi Ayda Jebat turut berkongsi video pendek Nabil bergaya ‘rare’ ketika berjalan menuju ke lokasi konsert menerusi Insta Story.
“Dia pergi konsert Blackpink pakai baju melayu pink guys!” tulis Ayda.
Nabil juga memuat naik gambar kenangannya bersama Ayda di hadapan layar gergasi yang menunjukkan poster konsert jelajah Bornpink.
“Ini merupakan pengalaman konsert pertama Ayda dan menonton Blackpink adalah satu permulaan yang baik!” tulis Nabil.
Selain Nabil dan Ayda, antara selebriti tempatan yang hadir menyaksikan konsert Blackpink ialah seperti Mira Filzah dan Nadiyah Shahab.
Terdahulu, Blackpink memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke negara Barat bermula di Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.
Konsert jelajah kumpulan itu memasuki negara Asia bermula dengan persembahan di Bangkok, Thailand pada 7 Januari lalu.
Blackpink yang popular dengan lagu Pink Venom dan How You Like That dianggotai Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani terkilan dengan tajuk berita yang menggunakan perkataan ‘dibelasah’ dalam laporan berhubung insiden tidak sengaja yang terjadi melibatkan aktres, Fasha Sanda, minggu lalu.
Meskipun belum memberikan sebarang kenyataan, Azhan memaklumkan perasaannya ketika ini tidak penting.
Katanya lagi, keutamaannya ketika ini adalah untuk memastikan gandingannya itu kembali sihat seperti sedia kala.
“Dah headline tulis gitu aku nak cakap apa lagi. Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ni emosi aku, hati aku perasaan aku tak penting pun.
“Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu. Yang dah jadi telah pun jadi,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Azhan menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Azhan mahu memberi laluan kepada Fasha untuk memberikan kenyataan terlebih dahulu sebelum dia memberikannya sebarang pejelasan.
“Macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi korang pada aku kalau itu boleh melegakan korang tapi mohon sama-sama mendoakan untuk @fashasandha agar dia cepat sembuh.
“Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dulu. berilah ruang pada dia untuk dapat rawatan terbaik terlebih dulu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama Azhan.
Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Berikutan itu, Azhan dikecam netizen yang mendakwa dia bertindak keterlaluan dalam menghidupkan babak berkenaan.
Tindakan Azhan yang berdiam diri selepas insiden itu turut dicemuh netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Disebabkan kemelut peribadi melibatkan pengarah, Syamsul Yusof serta pendedahan daripada pelakon, Datuk Aaron Aziz, ramai warga maya kini dikatakan mahu merancang untuk memboikot filem The Original Gangster.
Lantaran itu, salah seorang pelakon filem berkenaan, Sharnaaz Ahmad merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.
“Nota buat semua yang ingin boikot filem Original Gangster atas sebab personal Syamsul Yusof, untuk menjayakan filem ini bukan sesuatu yang mudah. Banyak hati dan lelah yang telah dicurahkan.
“Ada anak dan isteri ditinggalkan. Kerja dalam bahaya dan buat stunt yang membahayakan. Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah yang terbaik Malaysia pernah cipta.
“Bukan gangster yang cuba diangkat tetapi kualiti daripada gambar, pencahayaan serta aksi-aksi yang besar dan di luar skala biasa filem Malaysia,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, jangan disebabkan tindakan beberapa individu, semua pihak yang terlibat di dalam filem ini akan menerima kesannya.
“Jadi, sahabatku sekalian, aku yakin jika Malaysia tak mampu hargai karya dan penat lelah setiap kru, pelakon dan pengarah hanya disebabkan mulut satu dua orang yang ingin menghancurkan pengorbanan kami, itu sangat tidak adil.
“Di sini, aku sebagai pelakon, bagus atau tidak. Itu letak tepi. Ini soal tanggungjawab.
“Berlakon di Malaysia tak mungkin ada rumah mahligai atau swimming pool besar padang bola tapi kami berkarya sebab minat dan rasa tanggungjawab,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Sharnaaz turut memohon semua pihak untuk berfikir masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan.
“Jadi, fikirkan sejenak, tergamak kah? Anda kena ingat wahai sahabatku sayang, ramai lagi mulut dalam team Original Gangster perlu disuap seperti anak-anak dan isteri.
“Jangan sebab amarah anda, dibunuh periuk nasi 60 orang lagi di belakang tabir ini,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi satu ciapan di laman Twitter pada Khamis, Sharnaaz memaklumkan dirinya akan terus memberikan sokongan penuh dan menunjukkan rasa hormat terhadap Syamsul meskipun dia terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Malah, Sharnaaz turut menegaskan dia dan rakan-rakan pelakon yang lain tidak akan mengundurkan diri sebaliknya akan menyelesaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.