AlFatihah, Terkejut Terima Khabar Pilu…Selebriti Titip Doa, Atas Pemergian Wira Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim

Share

Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita sedih itu telah mengejutkan ramai pihak selepas Allahyarham bertarung nyawa selama 20 hari di pusat perubatan.

Para selebriti yang turut terkejut dengan berita berkenaan turut sama menitipkan doa atas pemergiaan wira muda itu ke rahmatullah.

Selebriti komedi juga turut menitipkan doa buat arwah. 

Difahamkan, Adib bakal menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini bersama tunangnya, Nur Najihah di Alor Setar, Kedah. 

MH mengucapkan takziah atas pemergian arwah Adib dan semoga ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat terus tabah menghadapi ujian ini. 

Foto : IG selebriti 

IKLAN