Bekas peserta Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Emy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 1.00 tengahari, 3 April 2018 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Memetik Astro Awani, Emy maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dikatakan bertembung dengan lori di Kilometer 17.8 berhampiran Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau.

Dalam kemalangan tersebut difahamkan Emy telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

IKLAN

Allahyarham yang menunggang motosikal Kawasaki Z800 dipercayai telah hilang kawalan selepas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori muatan tiga tan.

[AlFatihah] Emy, Bekas Peserta Akademi Fantasia 2016 Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

IKLAN

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Emy merupakan juara pencarian program JoHaRockstar 2016 sebelum dipilih untuk menyertai program realiti berkenaan.

IKLAN

Malah, berita mengenai kematiannya turut dikongsikan menerusi media sosial program hiburan tempatan. Salam takziah dari MH buat keluarga dan sahabat handai Emy.

Foto: Astro Awani & Instagram Era FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI