Setelah 64 episod ditayangkan, akhirnya drama siri popular, Andai Itu Takdirnya telah pun melabuhkan tirainya pada Khamis.
Harapan netizen untuk melihat watak, Syed Aizril yang dibawakan oleh pelakon terkenal, Shukry Yahaya untuk bersatu kembali dengan isterinya, Aleya yang dilakonkan oleh Hannah Delisha tidak kesampaian apabila masing-masing memutuskan untuk berpisah.
Aleya memilih untuk meninggalkan Syed Aizril kerana tidak dapat melupakan segala tindakkan jahat yang pernah dilakukan oleh suaminya itu sebelum ini.
Bagaimanapun, terdapat satu insiden kemalangan kecil yang berlaku dipenghujung drama ini yang memperlihatkan Aleya bertemu kembali dengan Shukry Yahaya tetapi kali ini dia bukan membawakan watak Aizril sebaliknya Dr. Khuzairi.
Disebabkan itu, penonton seakan tertanya-tanya adakah drama ini mempunyai sambungan lagi selepas ini.
Malah, persoalan mereka juga makin membuak-buak apabila watak Dr. Khuzairi itu seakan sama dengan nama watak di dalam sebuah lagi drama siri popular yang dilakonkan Shukry sebelum ini iaitu, 7 Hari Mencintaiku.
Ads
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram, Shukry mengucapkan selamat tinggal terhadap watak Aizril dan mengumumkan akan membawakan watak seorang doktor selepas ini.
Manakala, Hannah pula seakan memberi gambaran bahawa penonton bakal bertemu kembali dengan watak Aleya pada tahun hadapan.
“Akhirnya, kita sampai ke penghujung drama Andai Itu Takdirnya. Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan bersyukur saya kepada semua pihak yang menyokong dan menunjukkan rasa sayang terhadap saya di dalam drama ini.
Ads
“Ini merupakan watak yang paling mencabar dan memerlukan komitmen tinggi yang pernah saya bawakan. ‘Aleya’ akan sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya.
“Dari lubuk hati yang terdalam, terima kasih. Jumpa Aleya tahun hadapan,” tulis Hannah di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan penghargaan buat para pelakon drama Andai Itu Takdirnya.
“Mantap pengakhirannya. Ini yang kita mahu.
“Lakonan yang super power daripada semua. 64 episod dengan perasaan suka duka yang membara.
Ads
“Walaupun tak happy ending, aku suka ending macam ni.
“Please Mia dah cukup derita. Jangan cakap Mak Leha berkenan pula dengan Aleya.
“Lah, Aleya nak rampas Dr. Khuzairi dari Mia Adriana pula ke,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Andai Itu Takdirnya merupakan sebuah drama adaptasi novel daripada penulis terkenal, Siti Rosmizah Semail.
Selain Shukry dan Hannah, drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Atikah Suhaime, Fahrin Ahmad, Puteri Sarah Liyana dan Idzham Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hannah Delisha & Shukry Yahaya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Nora Danish tidak risau soal rezeki di dalam industri seni tanah air meskipun kini telah memutuskan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.
Menurut Nora, industri seni ketika ini sudah semakin terbuka dan dia tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan Allah SWT.
“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.
“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.
“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan dirinya kini tidak lagi mengejar kemewahan dunia sebaliknya mahu mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.
“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.
“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.
“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui cabaran untuk istiqomah iti bukan mudah namun dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Saya kini memang banyakkan berdoa. Itu sahaja yang penting ketika ini. Ramai juga rakan-rakan artis yang berkongsi doa untuk terus istiqomah.
“Sejak sebelum berhijab lagi, bila melihat rakan-rakan yang tewas (buka hijab), saya juga faham situasi mereka.
“Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan. Rakan-rakan saya juga kata begitu. Saya harap anda semua boleh mendoakan saya supaya terus beristiqomah,” akhirinya.
Dalam pada itu, Nora berkongsi keterujaannya apabila dapat bekerjasama dalam projek drama bersiri Perang Nasi Dagang siaran Astro Warna.
Nora berkata, dia seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran drama terbitan Red Bean Production.
“Berpeluang bekerja di bawah arahan Fazlisham Mat Hussin (Issey), saya seronok kerana kami saling berkongsi idea dan cuba menjayakan watak sebaik mungkin,” katanya.
Drama bersiri lapan episod ini ditayangkan bermula hari ini di saluran Astro Warna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan kelakuan biadap seorang lelaki yang mengganggu pekerja sebuah pasar raya gara-gara mengedar ‘tester’ minuman keras di bahagian ‘non-halal’.
Video tersebut telah menimbulkan rasa marah di hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.
Katanya, individu tersebut telah memalukan bangsa Melayu dan seluruh umat Islam di Malaysia.
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Song Young Kyu yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin di kediamannya di Yongin,...