Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal pada malam Ahad, jam 9.30 malam akibat keracunan makanan. Kata pengurusnya, Ash kepada MH, penyanyi lagu Pematah Hati itu pada awalnya mengadu sakit perut.

Malah keadaanya juga lemah sejak dua hari lalu.

IKLAN

“Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam.

 

“Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehydration lalu terus dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Berikutan dengan situasi kesihatannya ketika ini, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang baru disambung semula selepas sambutan Aidilfitri.

IKLAN
IKLAN

Tambah Ash, sehingga kini pihaknya belum dimaklumkan perkembangan terkini kesihatan bintang itu.

“Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan kami belum pasti bila dia akan dibenarkan untuk keluar wad. 

 

“Selain penggambaran ada juga beberapa undangan persembahan hujung minggu ini, apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa ,” harap Ash.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI