Alamak! Little Miss Khan Disamakan Dengan Buaya Gara-Gara…

Share

Adik kepada pengacara terkenal Neelofa, iaitu Little Miss Khan atau nama sebenar Nur Ameera Khan telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Sangat unik dan cantik apabila Little Miss Khan telah berkongsi gambar ketika dia memperagakan pakaian koleksi raya daripada pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi.

“you give me butterflies”tulisnya.

Melucukan, apabila di laman media sosial Twitter telah berkongsi beberapa keping gambar buaya dan disamakan seperti Litte Miss Khan.

Ini kerana gaya rama-rama dalam foto milik Little Miss Khan itu kelihatan sama seperti foto buaya tersebut.

“Little miss khan!!!!!!!!!!!!!!”tulis individu tersebut.

Lalu, perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dan berasa terhibur melihat gambar tersebut.

Foto : Twitter AbedenMung / Instagram Little Miss Khan

IKLAN