Pagi tadi pengguna sosial media dikejutkan dengan sebuah video yang memaparkan pengasas produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri yang sedang berang dengan pembantu rumahnya.
Apa yang mengejutkan, pembantu rumah yang cuba lari dari rumah itu tertangkap mencuri barangan peribadi Aliff dan isterinya seperti kain sutera bertatahkan batu Swaroski yang dibeli dari Itali.
Selain itu, pembantu dari Indonesia itu juga dikatakan telah membawa lari sejumlah wang bernilai RM100.
Menurut Abang Terlajak Laris, pembantunya ini baru sahaja berkhidmat bersamanya sejak sebulan yang lalu. Malah, dia turut meluahkan kekesalannya menggunakan khidmat ejen pembantu rumah.
Katanya lagi, dia sudah membayar ejen tersebut dengan jumlah sebanyak RM 30,000 dan tidak menyangka mereka boleh berikan pembantu yang tidak bertanggungjawab seperti ini.
Berang dengan perbuatan keji itu, Aliff bertegas untuk bawa kes ini ke balai polis.
“Aku tak pernah pukul kau!
”Aku tak pernah bagi kau kebulur!
”Aku tak pernah rogol, sentuh, atau raba-raba kau!” katanya yang kecewa dengan pembantu rumah tersebut.
Setelah itu, pembantu rumah yang ketakutan apabila diberitahu akan dibawa ke balai polis terus merayu dan meminta maaf pada majikannya namun tidak diendahkan.
Susulan selepas itu, Aliff juga telah memuat naik sebuah video pendek di instagram meminta maaf pada salah seorang pembantu rumahnya kerana pernah bersangka buruk terhadapnya setelah terpengaruh dengan kata-kata Fitri.
Rata-rata pengguna sosial media turut memberi respond berang dengan apa yang terjadi.
Ramai juga menyokong tindakan Aliff untuk menyerahkan kes pembantunya ini pada pihak bertanggung jawab dan selebihnya meminta Aliff untuk terus bertenang dan memaafkan sahaja apa yang terjadi kerana jumlah barangan yang dicuri tidak banyak.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI