Tidak semena-mena, nama pelakon, Que Haidar tiba-tiba menjadi sebutan malah turut menjadi trending di laman Twitter sejak semalam.

Hasil pemerhatian MH, rupa-rupanya nama pelakon tersebut kembali diperkatakan gara-gara netizen mengenang kembali babak tegang yang berlaku antara Que dan Lisa Surihani menerusi salah satu babak dalam filem Lagenda Budak Setan.

Menerusi filem tersebut, Que mendukung watak sebagai Azmi.

Perbualan tersebut tercetus selepas ada netizen yang cuba membandingkan babak tersebut dengan salah satu adegan emosi pertengkaran suami isteri dalam telefilem terbaru lakonan Syafiq Kyle berjudul Cerai.

Meneruri beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter, Que mendedahkan dia juga terkejut selepas mengetahui mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Aku Pun Terperanjat,” – Netizen Imbas Babak Pukul Isteri Dalam Filem Lagenda Budak Setan, Nama Que Haidar Tiba-Tiba Trending Sebab…

“Naper trending lak ni?

“Ok, paham! Thank you semua ingat dengan kerja seni saya. Alhamdulillah.

IKLAN

“Aku pun terperanjat, tiba-tiba ada ulangan ke cerita tu?,” tulisnya.

Dalam pada itu, suami kepada guru tari, Linda Jasmine itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sehingga kini menghargai kerjaya seninya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu untuk melihat kembali Que beraksi di layar perak.

IKLAN

“Aku Pun Terperanjat,” – Netizen Imbas Babak Pukul Isteri Dalam Filem Lagenda Budak Setan, Nama Que Haidar Tiba-Tiba Trending Sebab… “Aku Pun Terperanjat,” – Netizen Imbas Babak Pukul Isteri Dalam Filem Lagenda Budak Setan, Nama Que Haidar Tiba-Tiba Trending Sebab…

Terdahulu, Cerai merupakan sebuah telefilem arahan Ariff Zulkernain yang telah ditayangkan di saluran Astro Citra dan Citra HD.

Selain Syafiq, telefilem ini turut dibintangi ramai pelakon hebat antaranya Siti Khadijah, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan ramai lagi.

Sumber: Twitter Que Haidar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI