Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof menyatakan rasa keliru berhubung amal ibadat bersedekah pada masa kini.
Soalnya, adakah seseorang dianggap tidak prihatin andai tidak mempertontonkan amalannya di media sosial.
Malah jelasnya menerusi satu entri di Instagram, dia tidak menghakimi sesiapa sebaliknya bimbang andai niat ikhlas itu hilang apabila amal dipertontonkan.
“Zaman ini..aku keliru, adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amalnya.
Ads
“Terpulang, tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa. Zaman ini sungguh aku keliru.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” tulisnya.
Selepas usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberikan penjelasan mengenai status dirinya kini selepas menjadi teka-teki ramai pihak, akhirnya figura berusia 32 tahun itu bertindak memadam entri berkenaan selepas dimuat naik pada Ahad.
Bagaimanapun menerusi satu lagi entri terkininya, Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil memberitahu dia memadam status tersebut bukanlah kerana takut.
Sebaliknya memadai buat mereka yang sempat membaca atau tahu dengan situasi yang berlaku.
“Saya delete bukanlah sebab saya takut, tapi cukuplah beberapa orang yang sempat baca dan tahu situasi yang berlaku.
“Saya tak nak ex-wife saya terganggu. Biarlah tamat begini kisah kami. Doakan kami dengan jalan yang lebih Allah luaskan selepas ini, amin,” tulis lampiran yang tertera.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, Alhamenjelaskan niatnya adalah untuk memaklumkan dia bukan lagi bergelar suami.
“Kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah n kutuk la sy selagi daya,..kepada exwife, sy diam n berhenti disini bkn maksud sy kalah,tp cukuplah niat sy nak bgtau org yg awak bkn lagi isteri sy.
“So tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar sy terima semua ni..org akan mengata sy macam2 tapi allah ada. Semoga awak dpt pengganti yg baik,aminnn,” doanya.
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah menitip kata ucapan buat suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo.
Difahamkan, mereka kini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25.
“25 thn i JAGA you
25 thn i KEMAS baju you
25 thn MESIN i CUCI baju you
25 thn i MASAK utk you
25 thn i MAKAN dgn you
25 thn i KETAWA dgn you
25 thn i NANGIS dgn you
25 thn i BERTEKAK dgn you
25 thn i MEMBEBEL kat you
25 thn i TIDUR dgn you
25 thn i DOA utk you
25 thn i HIDUP dgn you
25 thn i SAYANG you
“25 thn i belum rasa BOSAN dgn you. It has always BEEN YOU & it will always BE YOU.Happy Anniversary babe @jinggo_jspictures thank you for making my LIFE easier, better & happier.
“Love you my love #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya penuh makna.
Pengacara Anim Ezati Rizki berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama. Usia kandungannya kini sudah pun mencecah usia 10 minggu.
Sambil merakamkan saya syukur atas rezeki zuriat yang bakal dilahirkan, hos berusia 28 tahun ini juga akui pada awalnya, dia teragak-agak untuk berkongsi, memandangkan dirinya masih merasakan dirinya belum bersedia.
Perkongsian tersebut dibuat Anim sehari lalu menerusi Instagram.
“Banyak kali fikir nak upload and share this to all of you, sbb entah lah. Im afraid im not ready! Tapi I have to, sbb makin ramai dah tegur and tanya kenapa nampak lain, makin berisi dan sebagainya. Ya, memang berisi ya.
“Dah 10 minggu baby duk diam dalam perut I. No morning sickness, no nothing, such a good baby lah you! Alhamdulillah. Ada yang kata belum lagi, kalau boleh tak nak lah,” tulisnya.
Anim turut memberi dedikasi istimewa buat suami tersayang.
“To my beloved husband, Thank you for taking care of me, our future baby and layan my unstable emo etc. Omg! That’s so scary ok.
“So hard to handle stress at this time, hence I decided to make few “changes” in my life for the sake of our baby. Of course, i will share about this one too.
“Di sini, Anim minta doa kalian, untuk kesejahteraan baby dan keluarga saya. To Mom’s life,” maklumnya lagi.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.