Alahai bersemut betul MH tengok pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal ni. Selalu juga MH perhatikan Aeril kerap menyakat isterinya di media sosial dan itu membuatkan netizen seronok melihat mereka.

Tapi kali ini MH lihat, Aeril telah meluahkan rasa syukurnya ke hadrat Illahi kerana usia perkahwinannya bersama Wawa sudah menjangkau usia enam tahun.

Aeril juga turut memberikan ucapan yang sangat romantik buat Wawa. Aduh jantung MH pula yang laju bila baca ucapan bersemut Aeril ini.

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Alhamdulillah sudah 6 tahun perkahwinan kami… terima kasih isteri kerana memberikanku kekuatan untuk terus menjaga dan Mengetuai nakhoda ini…

 

“aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan karena orang ketiga atau karena perbedaan. Tetapi aku ingin kita berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu.” . .

 

“Mohon titipan doa kalian buat kami ya….,” tulis Aeril.

Ha bersemut kan apa yang Aeril tulis untuk Wawa ni?

IKLAN

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Nampaknya ramai peminat setia kepada pasangan ini telah memenuhkan ruang komen dengan doa yang baik-baik dan kata-kata yang sangat positif buat Aeril dan Wawa.

syamsal79: Syukur alhamdulilah Semoga berbahagia hingga ke jannah Amin…

IKLAN

aimah_jemzs: InshaAllah semoga hubungan kebahagian k.wawa dn suami brsma insan2 cilik tu sampai kesyurga Allah.. Aamiin..

linawatilatip69: Moga berkekalan kebahagiaan kalian berdua hingga hujung nyawa @ariel_zafril @w4w4_zainal

IKLAN

kamariahhmaa: Semoga kekal hingga ke jannah n djauhi sgla fitnah n sngkata….. Aamiin

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Beruntung Wawa kerana mendapat seorang suami yang sangat menyayangi dirinya. MH doakan semoga rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga syurga dan sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI