Hiburan

Aktres Terkenal Bollywood Deepika Padukone Hamil Anak Kedua

Share

Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone, 40, dan suaminya, Ranveer Singh, 41, kini menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan pasangan berkenaan menerusi satu hantaran di laman Instagram milik Deepika.

Menariknya, dalam perkongsian tersebut, seorang kanak-kanak yang dipercayai anak sulung mereka, dilihat memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

Pada bahagian kapsyen pula, Deepika hanya meletakkan simbol bulat berwarna biru.

Hantaran sehingga kini telah menerima lebih lima juta tanda suka  selain dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti termasuk Priyanka Chopra, Arjun Kapoor, Bipasha Basu dan Anushka Sharma.

Untuk rekod, pasangan ikonik Bollywood ini mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2012 dan pernah membintangi beberapa filem bersama seperti Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela

, Bajirao Mastani
dan Padmaavat.

Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2018 dalam satu majlis tertutup dan eksklusif di Lake Como, Itali, sebelum dikurniakan cahaya mata pertama pada 2024.

Perkongsian terbaharu itu sekali lagi mencuri perhatian peminat yang rata-ratanya teruja dengan perkembangan terbaharu pasangan berkenaan, selain mendoakan agar segala urusan kehamilan Deepika dipermudahkan sehingga selamat melahirkan kelak.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA