Pelakon lelaki Hollywood popular, Tom Cruise telah mengejutkan ramai peminatnya apabila tulang kakinya retak.

Insiden ini berpunca apabila dia gagal melakukan aksi stunt ketika sedang melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain.

Dalam video yang tersebar itu, dia telah berlari untuk melompat namun dia telah terlanggar dinding bangunan itu. Dengan perlahan dia memanjat ke atas bangunan tersebut.

Aksi Stunt Gagal, Tom Cruise Retak Tulang Kaki

Apabila berada di atas bangunan itu, Tom berjalan dalam keadaan terjengket-jengket menahan kesakitan.

Menurut sumber, disebabkan insiden yang berlaku itu, Tom terpaksa mengambil masa yang mungkin melebihi sebulan untuk pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

IKLAN

Aksi stunt yang dilakukan oleh Tom ini adalah untuk penggambaran terbarunya menerusi filem Mission Imposible 6.

Diharapkan kecederaan yang dialaminya akan segera sembuh seperti sediakala dan dapat meneruskan penggambaran semula.

Aksi Stunt Gagal, Tom Cruise Retak Tulang Kaki

IKLAN

Sedikit info tentang Tom Cruise atau nama sebenarnya Thomas Cruise Mapother IV, dia telah dilahirkan pada 3 Julai 1962 dan kini umurnya sudah mencecah 55 tahun.

Tom merupakan selebriti layar perak bertaraf antarabangsa yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Pada usia 18 tahun, Tom telah meninggalkan alam persekolahan dan berhijrah ke Hollywood untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon terkenal. Selepas setahun dia berjaya mendapat watak yang kecil menerusi filem Endless Love di samping pelakon popular Brook Shields.

IKLAN

Filem yang telah melonjakkan namanya dalam industri seni adalah menerusi filem Risky Business pada tahun 1983.

Sejak daripada itu, Tom mula dikenali dan diminati ramai sehingga ke hari ini. Lakonan yang diberikan sentiasa mantap dan mendapat pujian daripada ramai pihak.

Sumber: Youtube News World

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI