
Sebagai lambang semangat sukan yang membara, dan memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Diberikan nama Rimau.
Namun, dalam keterujaan menyaksikan perlawanan, netizen dihiburkan dengan gelagat maskot dan Nila yang muncul secara tiba-tiba di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil baru-baru.
Untuk pengetahuan, Nila merupakan maskot yang menggunakan binatang singa sebagai simbol negara Singapura.
Nila dan Rimau dilihat berpelukan dan aksi spontan itu dirakamkan penonton yang hadir untuk menyaksikan acara renang yang disifatkan sangat mencuit hati.
Malah, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) turut berkongsi di Twitter beliau foto tersebut dan telah menerima perhatian netizen sehingga dikongsi semula (retweet) sebanyak 11,000 kali dan 6,000 likes.
Gambar itu secara tidak langsung menyifatkan simbol perdamaian antara dua negara berjiran Malaysia dan Singapura.
Di samping itu, KJ juga telah memuatnaik gambar Rimau yang ditahan polis ekoran aksi berpelukan itu.
Ruangan komen di Twitter KJ juga dihujani pelbagai reaksi netizen terhibur dengan gelagat Rimau.
Selain itu, Kj juga berseloroh menegur tangan Rimau ketika bergambar.
“Susahnya nak jaga halal gap”
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebab Itu Allah Muliakan Arwah Abam,” – Azuan Mazlan Cerita Sisi Mulia Allahyarham, Ulas Ini Petanda Allah Angkat Darjat

Allahyarham Abam sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengikuti jemaah keluar tiga hari untuk beribadah dan berdakwah ke jalan Allah SWT menerusi komen yang ditinggalkan di salah seorang pelakon, Taiyuddin Bakar.
Menyifatkan niat arwah ingin melakukan kebaikan sebagai satu tindakan terpuji, jelas pelakon Azuan Mazlan menerusi laman Instagram miliknya, meski tidak sempat menyempurnakannya, namun apa yang pasti setiap yang kebaikan yang terlintas di hati sudah pasti akan diambil kira oleh Allah.
Atas sebab itu, Allah memuliakan kematian Abam dengan ribuan jemaah hadir bagi menghormati pemergiannya ke negara abadi.
“Allah swt terima abam untuk keluar 3 hari.. Cuba slide pic2 yang lain utk tengok azam si arwah. Apabila seseorang ada azam untuk keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan maka para malaikat telah mencatit kebaikan yg akan dibuat walaupun masih belum berlaku malah Allah swt telah terima amalannya. Ini baru azam 3 hari si arwah abam utk keluar di jalan Allah swt, Allah dah muliakan ramai yg hadir untuk solat jenazahnya, bayangkan kalau dia azam lebih tinggi lagi utk 4 bulan.. In shaa Allah, Allah telah terima abam.. Sebab itu Allah muliakan arwah abam.
“Mari kita ingatkan balik hamba Allah yang telah Allah jemput & muliakan sesiapa yg keluar di jalan Allah swt dan kemudian mati dalam keadaan husnul khotimah sehingga berpuluh ribu manusia menyolatkannya dan mengiringi jenazahnya sehingga di tanah perkuburan.
“Seperti Arwah Badrul yang meninggal di hadapan makam Rasulullah saw dan disolatkan berpuluh ribu manusia yg beriman, Haji Meor yg meninggal tengah khuruj di jalan Allah yg dihadiri beribu org menyolatkan jenazahnya.. Dan haji mat yang meninggal dunia di jordan ketika sedang keluar di jalan Allah yg telah di solatkan dan diiringi jenazahnya hingga ke tanah perkuburan seramai 50ribu orang dan ditanamkan kuburnya di sebelah makam Sahabat Rasulullah saw,” jelasnya.
Ulas pelakon drama bersiri 3 Janji itu lagi, kematian pasti datang namun apakah persiapan kita untuk menghadapinya.
“Esok pasti giliran kita.. Pasti!! Namun apa persiapan kita sekarang ini? Kita sekarang ini ditipu oleh dunia.. Malaikat maut datang ziarah kita setiap 20 minit dalam satu hari Utk melihat persiapan kita.
“Oleh itu jom kita keluar 3 hari di Masjid Al-hasanah, bandar baru bangi untuk belajar2 bantu agama Allah swt dan hidupkan sunnah Rasulullah saw pd 13hb februari hingga 16hb februari 2020. Ketika pertama kali saya keluar 3 hari, barulah sy rasa yg sy baru jadi orang islam seperti yg dilakukan oleh Sahabat2 Rasulullah saw radiAllah hu’anhum ajmain.
“Allah akan muliakan kita hanya dengan agama yang sempurna,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on
Terdahulu, berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai peminta industri hiburan tanah air.
Foto : Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Faham Ada Yang Muak Tapi…,” – Bella Astillah Tak Mahu Lagi Canang Hal Keluarga, Fokus Hal Positif Saja Di MedSos

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak mempunyai niat untuk mengeruhkan lagi hubungan bersama keluarga mentua susulan kenyataan yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
Menurut Bella, dia harus memberikan kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan ramai selepas ada dakwaan yang mengatakan dirinya sengaja melarang anak-anak untuk bertemu dengan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz.
“Saya faham bila ada yang muak dengan perkongsian saya melibatkan hal peribadi di media sosial. Saya sebenarnya sudah tidak suka lagi nak berkongsi perkara seperti itu.
“Saya nak move on dan berkongsi hal yang positif berkenaan diri saya, kerjaya dan anak-anak. Namun, bila ada perkara yang tidak henti-henti diperkatakan, saya perlu meletakkan tanda noktah.
“Saya tiada niat nak pisahkan anak-anak. Biarlah hal ini jelas. Jika pihak di sana ada memberikan apa-apa reaksi balas, saya tidak akan berkata apa-apa lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bermanja-Manja ini akui sudah berfikir panjang dan meminta pendapat orang tuanya sebelum memuat naik hantaran tersebut.
“Segalanya sudah saya ucapkan dan saya lega. Kini, saya nak move on. Itu yang lebih penting. Saya tidak akan muat naik posting seperti itu lagi.
“Saya sebenarnya berat hati nak kongsi posting tersebut. Saya ada minta pendapat daripada kedua orang tua dan mereka faham. Kata mereka, kalau saya simpan sendiri, nanti akan beri tekanan,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada Aliff ada menghubungi anak-anak, ini jawab Bella;
“Alif langsung tiada hubungi anak-anak. Kali terakhir adalah ketika Hari Raya. Dia ada hubungi ibu saya. Ketika itu juga berlakunya cubaan untuk mempengaruhi minda anak-anak saya.
“Jadi, saya ambil iktibar,” katanya lagi.
Terdahulu, Bella telah diumumkan selaku pemenang bagi kategori Celebrity Of The Year di Tik Tok Awards 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Ahad.
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Bella mendedahkan ia hasil daripada sokongan peminat dan bukan kontroversi semata.
“Kontroversi? Itu saya tidak pasti tapi ramai yang mendoakan saya. Sejak apa yang berlaku dalam kehidupan saya, saya akui memang dapat perhatian ramai.
“Pada masa sama, saya bersyukur kerana mereka ambil berat fasal saya dan anak-anak. Saya aktif di Tik Tok sejak 2018 dan banyak dibantu oleh adik saya Didi Astillah.
“Dia akan kongsikan trend terkini. Malah, saya juga orang terawal yang dipilih untuk mempromosikan Tik Tok. Saya bangga bila melihay Tik Tok kini menjadi platform yang besar dan beri manfaat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“3.00 Pagi Isteri Mengadu Sakit Perut, 4.00 Pagi Di Hospital. Jam 5.00 Pagi Isteri Selamat Melahirkan…,” – PU Amin Timang Anak Ketiga

Penceramah yang juga peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram, Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama bayi yang baru dilahirkan, sejam lalu.
“Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
“Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
“Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.
“Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.
“Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
PU Amin dan isterinya mendirikan rumah tangga tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI