Lagu-lagu daripada kumpulan Akim & The Majistret memang selalu mendapat tempat di hati peminat dan menjadi siulan ramai.

Tak dapat dinafikan muzik yang mereka bawakan sangat dekat dengan hati pendengar disulam pula dengan vokal lantang dari Akim membuatkan lagu mereka terus diminati ramai. Bukan sahaja dari dalam Malaysia malah di Singapura juga.

Buat julung kalinya Akim & The Majistret bakal mengadakan konsert di Singapura pada 26 Januari 2018.

Konsert Akim & The Majistrest- Live In Singapore 2017 ini bakal diadakan di Esplanade, Singapura.

Menurut pemain gitar kumpulan ini, Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari berkata, pada konsert mereka yang bakal diadakan nanti mereka ingin membawa peminat-peminat mereka masuk ke dunia mereka.

IKLAN

“Konsep konsert ni kita nak bawa semua peminat masuk ke dunia Akim & The Majistret.

 

“Kita nak buat semua orang rasa macam mereka nak naik flight terbang ke satu planet yang lain,” katanya kepada MH ketika sidang media Konsert Akim & The Majistrest- Live In Singapore 2017 Jumaat lalu.

Akim selaku vokalis kumpulan ini pula berkata, mereka akan menyanyikan 18 buah lagu yang turut menampilkan beberapa lagu baru dan juga lagu cover pada konsert itu nanti.

Tujuan konsert ini diadakan adalah sebagai hadiah buat peminat mereka terutama dari Singapura yang tidak dapat hadir ke Konsert mereka di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada Februari lalu.

Jadi buat peminat-peminat Akim & The Majistret jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengembaraan muzik ke dunia mereka.

IKLAN

Tiket konsert boleh didapati secara online di www.apactix.com dan harga tiket pula bermula dari $68 (RM208) hingga $148 (RM452.40).

Apa yang lebih menarik, untuk setiap pembelian tiket berharga $148 (RM452.40), anda berpeluang untuk menghadiri sesi meet & greet bersama Akim & The Majistret.

Okay untuk tambahkan lagi keterujaan konsert yang bakal mereka adakan tidak lama lagi, jom layan beberapa lagu mereka…

IKLAN

https://youtu.be/q54jClwBcrM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI