Siapa pula yang dah mainkan perasaan vokalis kumpulan Akim & The Majistret ni? Sedih betul nadanya bila bercakap mengenai perasaanya yang dilukai dan katanya perempuan ni tak pernah cukup. Eh, kenapa tu?

Rupa-rupanya itu hanyalah gimik versi dari video viral lagu Pematah Hati nyayian Nabila Razali. Kemain lagi kan Akim dengan mimik mukanya. Seolah-olah tengah kecewa!

Fuhhh terkejut MH dibuatnya! Kalau korang pengikut perkembangan seni, pasti korang tahu ayat keramat yang diungkapkan Akim. Jangan korang ingat Akim tengah gaduh dengan Stacy pula!

Akim Ahmad Bersedih Kerana Ada Yang Mainkan Hatinya?

IKLAN

Sejak muzik video Pematah Hati itu menjadi trending nombor satu di Youtube, ramai yang memuji cara lagu itu mempromosi marketingnya. Selain lagu tersebut menjadi viral, ia juga sebagai batu loncatan untuk Nabila Razali untuk lebih dikenali.

Dalam pada itu, video yang dikongsi melalui Instagram milik radio Hot fm mula dibanjiri komen dii ruangan komen oleh netizen yang memuji telatah Akim.

Rata-rata berkata lakonan Akim sungguh berkesan dan ramai seolah-olah percaya dengan luahan Akim. Ada juga yang menyangka Akim sedang bergaduh dengan isterinya disebabkan mimik wajahnya yang kelihatan betul-betul sedih.

IKLAN

Akim Ahmad Bersedih Kerana Ada Yang Mainkan Hatinya?

Kelakar betul lah Akim ni rupanya, malah ada bakat berlakon! Tapi MH puji betul gimik yang dilakukan Nabila dan Aedy Ashraf, rasanya banyak parodi dah dibuat berdasarkan video asal mereka.

IKLAN

Jom #MHBelanjaVideo parodi Pematah Hati versi Akim. Memang lawak sampai MH pun terhibur. Siap menari lagi !

Video : IG hotfm976

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI