Penyanyi Sarah Raisuddin akhirnya mendedahkan lelaki misteri yang bakal muncul menerusi muzik videonya berjudul Semakin, sebentar tadi.
Aktor, Syafiq Kyle dipilih atas keupayaan dalam menjayakan watak selain keserasian di antara mereka.
“Sejujurnya ada beberapa nama yang disenaraikan dan akhirnya saya dan produksi sepakat memilih Syafiq.
Ads
“Dia seorang yang boleh berlakon dengan baik dan sepanjang proses penggambaran dia juga banyak membantu saya dalam menghidupkan watak,” katanya kepada MH.
Majlis pelancaran muzik video tersebut dilangsungkan di RedBox, The Gardens, Kuala Lumpur.
Ads
Berkongsi mengenai pemilihannya pula, hero drama rantaian Nur itu menyambut baik pelawaan dari pihak Sarah, apatah lagi ia merupakan pengalaman pertamanya berlakon muzik video.
“Saya berbesar hati, apatah lagi Sarah juga merupakan seorang penyanyi yang bagus. Penggambaran tidaklah mengambil masa yang panjang tetapi kami berjaya sampaikan apa yang diinginkan pengarah,” jelas Syafiq.
Ads
Muzik video Semakin boleh dilayari menerusi YouTube, jam 5 petang ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Pelakon yang terkenal dari drama bersiri Titian Cinta itu seakan-akan menulis ucapan dedikasi buat seseorang.
Lantas, netizen bertanya kepada siapakah Farah memberi dedikasi tersebut.
Rata-rata netizen menyangka dedikasi oleh Farah itu dituju kepada seorang pelakon terkenal, Fikry Ibrahim. Malah netizen juga turut mendoakan supaya Farah akan dijodohkan bersama dengan Fikry.
Alahai, sweet betul lah Farah ini. Bukan sahaja cantik dan jelita, malah pandai ambil hati orang yang tersayang.
Untuk rekod, Farah Nabilah telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular.
Foto : Instagram Farah Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hanez berkahwin dengan usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais pada 25 Mac 2015 dan telah dikurniakan cahaya mata Putri Aleesya, tiga tahun.
Izreen Azminda
Sementara pelakon sensasi, Izreen Azminda mengumumkan dia kini sedang sarat hamil tiga bulan, selepas lebih setahun berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid.
Menerusi Instagram, Izreen berkongsi berita gembira itu, seminggu lalu.
Pelakon KAMI The Movie, Liyana Jasmay mendapat komen pelbagai dari netizen gara-gara mengenakan ‘snowcap’ saat berliburan di London.
Malah, aktres itu turut berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.
Lebih ‘hangat’ komen yang diberikan netizen apabila mereka ternampak seperti helaian rambut yang jelas kelihatan menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Tidak berdiam diri, Liyana dilihat turut memberikan reaksi terhadap apa sahaja komen yang diberikan netizen, sama ada yang baik dan sebaliknya, termasuk imej mengenakan snowcap hingga menampakkan helaian rambutnya.
Foto: Instagram Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...