Susulan daripada kejadian pengasuh Abby Abadi yang hilang tanpa khabar berita sejak semalam, bekas anggota Elita ini akhirnya memaklumkan pengasuhnya kini sudah ditemui.
Malah, Abby turut mengesahkan berita kemalangan yang diterima adalah sahih.
Bagaimanapun, keadaannya tidak serius sehingga memerlukan imbasan X-ray.
Malah, Abby turut menjelaskan telefon bimbit kepunyaan pengasuh yang dikenali sebagai Azieah turut hilang.
“Azieah ohhhhhh Azieah. Ye betul Azieah accident, tak tahu la kelmarin ke semalam, cuma taklah teruk sampai kena xtray bagai.
“Dia masih di kampungnya, nk berehat dulu katanya.
Ads
“Hp dia hilang, jadi maknanya org lain yg balas msg sy semalam,” tulis Abby dan menyertakan bersama foto Azieah.
Foto tersebut turut merakamkan beberapa bahagian badan Azieah mengalami luka kecil.
Mendapat pelbagai komen netizen sebelum ini, bintang Gerak Khas itu memohon agar semua pihak berhenti membuat spekulasi.
Ads
Sebaiknya, mendoakan agar pengasuhnya segera sembuh.
“Dia kata dia malu baca komen org tulis mcm2 pasal dia. Dia bukan mcm tu. Jadi korang baik minta maaf. Dosa bersangka2 tau.
“Kiranya selesai kes ini ye. Minta berhenti berspekulasi. Doakan Azieah cepat sembuh dan baik2 saja ye.
Ads
“Ps: Fi Hifzillah Azieah,” maklumnya menerusi Instagram.
Selebriti versatil Elly Mazlein memberikan dedikasinya terhadap rakan artis, Azharina Azhar yang kini sedang bersaing menerusi program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Menurut Elly yang mesra disapa Kak Lina, Azharina pada pandangannya dilihat sebagai penyanyi yang tekun selain komited dalam berkerja.
“Dia yang bernama Azharina. Setiap kerjanya dia akan pastikan buat yang terpaling baik. Sentiasa fokus dalam bekerja.
“Sentiasa positif, maaf sentiasa di bibirnya. Semangat terus wahai sahabat,” titip Elly menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Elly yang juga hos program sama turut memberikan sokongan buat penyanyi lagu Seandainya itu.
“Saya dan penyokongmu sentiasa bersamamu. Love you juara GV3. Jom kesayangan kak Lina kita bagi kata semangat untuk Nina,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azharina yang menyampaikan lagu Sayang Di Sayang di saingan minggu ketiga ASGV malam tadi menerima reaksi pelbagai.
Azharina menerusi sidang media menitiskan air mata susulan tidak berjaya memberikan persembahan terbaik buat barisan gurunya yang banyak memberikan tunjuk ajar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jue Aziz memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 dengan mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala.
Menurut Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz dia turut mengalami selsema selain hilang deria rasa.
“Please doakan kesihatan Jue. Jue positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, flu, hilang deria rasa. Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu.
“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat, tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Jue menerusi satu hantaran di laman Instagram, hari ini.
Pelakon filem Hantu Bonceng ini juga turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.
“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas dia kalian, amin,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak dianjurkan lebih 40 tahun lalu, tidak dinafikan pertandingan Dewi Remaja banyak memperkenalkan bakat baru dalam industri hiburan tanah air. Saban dekad bakat bersilih ganti muncul dan semestinya generasi baharu menjadi penerus legasi kepada jenama ini.
Berikut adalah senarai 10 selebriti wanita generasi baharu yang memulakan langkah mereka dalam dunia seni menerusi Dewi Remaja.
Anna Jobling
Pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Telah mengukuhkan namanya sebagai pelakon popular di Malaysia dan Indonesia, Anna Jobling kini antara finalis Dewi Remaja paling berjaya daripada kelompok generasi baharu pertandingan ini. Pernah menang pelbagai anugerah seperti Anugerah Bintang Popular dan Gempak Most Wanted Awards, ini cukup membuktikan popularitinya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Arena Lieya
Pemilik nama penuh Arena Wan Mun-Yi ini merupakan rakan seangkatan Anna Jobling dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/19. Biarpun tidak berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir sebagai peserta top 5, Arena berjaya dinobatkan sebagai Dewi Favourite bagi edisi tersebut. Kini aktif sebagai pelakon, Arena banyak membintangi drama dan telefilem sebagai teraju utama.
Aween Ismail
Gadis asal Kelantan ini merupakan peserta Dewi Remaja 2018/19. Biarpun menarik diri pada minggu kelima pertandingan atas faktor Kesihatan, pemilik nama penuh Nik Nor Farzuwin Nik Ismail ini berjaya dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada malam finale. Usai pertandingan dia menceburkan diri dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan model. Kini, Aween banyak membarisi kempen-kempen fesyen terutamanya bagi jenama hijab dan modest-wear terkenal di Malaysia.
Shaza Bae
Shaza Bae atau nama penuhnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri merupakan juara Dewi Remaja 2019. Graduan Universiti Malaysia dan Universiti Teknologi MARA ini mengorak langkah cemerlang dalam dunia lakonan. Kehebatannya terbukti apabila dia pernah memenangi Asian Academy Creative Awards dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan turut tercalon dalam senarai top 5 Anugerah Seri Angkasa 2024 dalam kategori yang sama. Selain berlakon dia turut menambah pengacaraan sebagai salah satu portfolionya.
Syamira Nazir
Merupakan peserta berhijab pertama yang berjaya tembus ke jajaran top 5 dan bergelar pemenang tempat keempat bagi edisi tahun 2019, pemilik nama penuh Nursyamira Izzati Mohd Nazir kini melebarkan sayapnya sebagai pembaca berita dan pengacara. Menjadi wajah hadapan Berita TV9 dan rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O, kecintaannya kepada dunia pengacaraan turut membawa dirinya sebagai seorang jurulatih dalam bidang komunikasi.
Tracie Sinidol
Merupakan peserta dari Sabah pertama yang bergelar juara. Dewi Remaja 2022 ini antara wajah hadapan di kaca televisyen masa kini. Usai pertandingan, dia terus dilamar untuk bergelar pelakon utama dan sehingga kini membintangi pelbagai drama popular seperti Luruhnya Bunga Cinta, Antara Dua Syurga dan Gadis Masa. Anak jadi Sabah ini juga bakal membuat kemunculan dalam filem mainstream pertamanya bertajuk Blood Brothers yang bakal ditayangkan pada 10 April nanti.
Kimberly Chuah
Gadia berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu ini mencuri perhatian ramai ketika bertanding dalam Dewi Remaja edisi 2022. Berjaya menggondol tempat ketiga, pemilik nama penuh Kimberly Chuah Ching Li ini telah membintangi lebih 25 naskah drama bersiri dan telefilem. Antara lakonannnya yang paling diingati adalah Dr. Pontianak, Project: Exit dan Kisah Cinta Pheobe & Ejoi.
Auni Yusri
Antara bintang yang meningkat naik kini, Auni Yusri merupakan finalis Dewi Remaja 2022 dan berjaya berada di kedudukan top 10. Merupakan graduan jurusan penyiaran dari Universiti Teknologi MARA, sejak pertandingan Dewi Remaja sehinga kini, Auni kerap menghiasi kaca televisyen menerusi pelbagai drama. Antara naskhah lakonannya seperti Luruhnya Bunga Cinta, Keluarga Instafamous, Cinta Wrong Direction. Drama terbaru lakonannya yang ditayangkan ketika ini adalah Sekam Di Dada yang disiarkan di TV3.
Nurel Baharin
Juara Dewi Remaja 2023 ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi anak jati negeri Sarawak pertama yang menggondol gelaran tersebut. Merupakan raduan dalam jurusan seni persembahan dari Universiti Teknologi MARA, pemilik nama penuh Nurelyana Baharin ini sudah membintangi beberapa drama seperti Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Cinta Wrong Direction Raya dan Demam Viral. Selain itu dia juga merupakan pengacara bagi rancangan hiburan Hlive yang disiarkan di saluran Astro Ria.
Arabella Ellen
Arabella Ellen merupakan adik bongsu dalam senarai alumni Dewi Remaja. Baru berusia 20 tahun, dia merupakan pemenang tempat kedua Dewi Remaja edisi 2023. Merupakan wajah baru dalam industri hiburan di Malaysia, gadis kacukan British-Melayu ini sudah membintangi beberapa drama seperti Bunga Salju, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Yang Tahu Je Tahu dan Curang Tanpa Niat.
Jadi siapa antara mereka yang anda minati?
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...