Beberapa hari yang lalu kecoh tentang berita yang mengatakan penyanyi lagu berunsur ketuhanan, Hafiz Hamidun sedang mengalami pergolakan rumah tangga dengan isterinya Joy Revfa.

MH Online pernah cuba untuk mendapatkan Hafiz sendiri untuk bertanyakan tentang sejauh mana kebenaran tentang berita yang sedang tular ini.

Namun Hafiz menjawab dengan mengatakan dalam masa terdekat dan waktu yang tepat dia akan mengeluarkan kenyataannya tentang hal ini.

Terkini di akaun Instagramnya Hafiz memuat naik satu perkongsian memohon semua untuk bersabar.

Mungkin dirinya disogok dengan soalan-soalan panas tentang hal ini dan itu membuatkan dia mengambil tindakan memuat naik gambar dan penjelasan di ruang kapsyennya.

Ads

Salam. Ramai yang memberi komen dan pelbagai reaksi tentang rumahtangga saya. Saya hanya pinta kita semua dapat bersabar sedikit masa sahaja lagi untuk saya memberi penjelasan selengkapnya bagi menghurai pelbagai persoalan terutama isu yang HAKIKI DAN SEBENAR,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja.

sj_redvelvet: Sdgkan lidah lagi tergigit…Semuga kelian bahagia hingga ke jannah..

Ads

naqibah.nnabsSemoga Allah prmudahkan sgala urusan joy dgn hafiz.

somivenus_azreenSemoga semua masalah dipermudahkan ..@hafizhamidun …amin

Ads

Di ruangan komen Hafiz turut meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa ini bukan isu rumah tangga tetapi ada isu lain yang akan dijelaskan olehnya nanti.

Akhirnya Hafiz Hamidun Bersuara

Sama-samalah kita berdoa agar hubungan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mohon semua untuk menghormati kehendak Hafiz supaya bersabar sedikit dalam menanti kenyataan rasmi daripadanya berkenaan isu rumah tangganya ini.

Sumber: Instagram Hafiz Hamidun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI