Akhirnya! Alif Satar Buka Cerita Panggilan Telefon Micheal Ang

Share

Menerusi slot pagi Hot FM, Micheal Ang telah dijemput sebagai tetamu undangan untuk berkongsi kisah hijrahnya bersama pendengar.

Dikongsikan Michael, Alif Satar, antara sahabat terawal mengetahui kisah ini turut sama dihubungi bagi mendengar penjelasan daripada pihaknya.

Penyanyi dan pengacara popular ini kemudiannya meminta kebenaran Micheal untuk berkongsi kisah di sebalik ‘panggilan telefon’.

Ulasnya, sewaktu pengarah popular ini menghubunginya, dia secara tiba-tiba memberi salam yang kemudiannya dijawab secara teragak-agak.

“Micheal call dan masa tu dia tak beritahu lagi dia dah masuk Islam. Aku tak tahu kenapa dan aku terus macam Assalamualaikum
Dia lambat nak jawab.


Dia jawab Waalaikumussalam
Then dia tanya, mana kau tahu,” katanya sambil ketawa.

Diminta untuk berkongsi apakah antara kandungan perbualan yang dibincangkan waktu itu, namun Alif berpegang pada janji.

Katanya perbualan itu terlalu sensitif untuk dibincangkan pada umum.

Aku tak boleh share.

“Dia dah cakap, benda tu janganlah dishare sebab soalan yang ditanya sensitif. Sangat sensitif,” tambahnya lagi.

Sememangnya, Alif Satar, seorang sahabat sejati dan lelaki yang baik. Untung si isteri.

Malah selain Alif ramai rakan selebriti lain yang turut menyambut baik kedatangan pengarah popular itu sebagai saudara baru.

Foto : Instagram Hot FM

IKLAN