Ads

AJL33: “Pecahan Bunga Itu Berbentuk Petak Dan…,” – Visual Kelopak Bunga Terpecah Lalu Terbang Jadi Duit? Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

Aduhai, tidak putus-putus netizen yang memberi reaksi terhadap persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu edisi ke-33 lalu menerusi Di Matamu.

Meski empunya badan sudah pun memberikan reaksi terhadap metafora yang dipersembahkan dalam lagu berkenaan ketika bertanding di AJL, namun masih ada yang ‘mata tajam’ cuba cari makna dari sisi yang lain pula.

Terkini, kelopak bunga yang terpecah lalu dikatakan beterbangan sebagai duit menerusi paparan LCD saat Pian membuat persembahan pula menjadi buah mulut ramai.

Ads

Tidak mahu ada pihak yang terus membuat spekulasi yang tidak benar, Pian bersama team persembahanya telah memberikan penjelasan. Malah video tersebut turut dikongsikan Pian di Instagram.

“Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates. Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong.

Ads

“Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza. Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team.

Ads

“Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Sufian Suhaimi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi...

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.
error: Hello. Cannot.