Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aisya Hasnaa yang telah selamat bertunang semalam kira-kira jam 3.30 petang di kediamannya yang terletak di Subang Jaya.

Menurut sumber, Aisya telah bertunang dengan lelaki pilihan hatinya Muhammad Yasir dan mereka telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada bulan Disember ini.

Kata Aisya dia sudah mengenali Yasir sejak di bangku sekolah lagi namun mereka tidak pernah rapat kerana dulu Yasir merupakan seorang yang pendiam manakala Aisya pula seorang yang periang.

Namun siapa sangka, keputusan yang diambil oleh kakaknya dan juga kawan baiknya untuk menemukan semula Aisya dan Yasir akhirnya menjadikan mereka rapat.

“Dulu, dia agak pendiam manakala saya pula terkenal dengan perangai gila-gila. Melihat saya masih sendiri, kakak dan kawan baik cuba menemukan kami berdua. Kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu dan tidak sangka, kami mudah serasi.

 

“Apabila mengenalinya, saya dapati dia seorang yang kelakar. Mungkin kerana perwatakan kami hampir sama, jadi tidak sukar untuk kami menyesuaikan diri, katanya kepada Berita Harian.

Aisya memberitahu lagi bahawa mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin pada Disember nanti cuma tarikhnya masih belum ditetapkan.

IKLAN

“Saya berharap perancangan kami untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan. Setakat ini, keluarga masih belum berbincang mengenai tarikh tetapi insya-Allah, akan dilangsungkan pada Disember ini,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian Aisya di akaun Instagramnya juga, dia telah memuatnaik gambar bersama tunangnya selepas majlis pertunangan berlangsung.

A post shared by aisya hasnaa (@aisyahasnaa) on

Di ruangan kapsyennya pula, Aisya menulis bahawa dia bersyukur dengan pertunangan ini.

IKLAN

“Alhamdulillah.. I am officially engaged to this beautiful person next to me.. Syukur Ya Rabb.. ???? Thank you so much to everyone who took part in making today such a special day for us. May Allah shower you with His blessings. Aamiin.. ?,” tulis kapsyennya.

Ruang komennya pula dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikut-pengikut Instagramnya.

elianibjamili: Syukur Alhamdulillah ❤️ just a step closer guys! ??

IKLAN

shazsuffian: @aisyahasnaa OMGGGGGGGG babe. Alhamdulilah. Grats Grats Grats and sending lotsa love your way!

sarahbagharib: awww alhamdulillah!!!!! yayyy congrats my love!!! ??????

Kami di MH Online mengucapkan tahniah buat Aisya dan Yasir atas pertunangan kalian dan semoga segala perancangan menuju hari bahagia nanti dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Berita Harian & Instagram Aisya Hasnaa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI