Siapa yang tak marah kalau gambarnya digunakan oleh pihak lain untuk mengaut keuntungan tanpa meminta izin terlebih dahulu, kan?

Itulah yang dirasakan oleh vokalis wanita hebat yang juga juara Gegar Vaganza musim Ke-4, Aishah.

Berita ini mula dikongsi oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu dengan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kurus dan menggunakan gambar beliau sebagai testimoni.

Aishah Mengamuk Produk Kurus Guna Gambar Sebagai Testimoni Tanpa Izin

“Harap company ini jangan pandai2 menggunakan gambar I tanpa izin.I telah dihantar produk ini tetapi I minum sekali sahaja kerana I tak suka dgn rasanya.Penurunan berat badan I tak ada kena mengena dgn produk ini.Iklan ini satu PENIPUAN.I bagi 24jam kepada company ini utk delete iklan ini dan membuat kenyataan memohon maaf bertulis di atas penipuan ini sebelum I ambil tindakan undang2,” tulis Aishah.

Selepas posting tersebut, Aishah memuat naik satu lagi post yang menyatakan pihak berkenaan mahu mengeluarkan kenyataan maaf namun masih menyimpan lagi gambarnya di akaun media sosial mereka.

IKLAN

Aishah Mengamuk Produk Kurus Guna Gambar Sebagai Testimoni Tanpa Izin

“Malam tadi berjanji akan keluarkan kenyataan minta maaf gunakan gambar I tanpa izin tapi di FB masih simpan gambar I.Tunggu surat saman,” tulisnya.

Pihak berkenaan telah memohon maaf secara terbuka di akaun media sosial mereka dan permohonan maaf mereka ini telah di screenshot oleh Aishah dan telah dikongsikan di Instagramnya.

IKLAN

Namun menerusi ruang kapsyen, Aishah menyatakan masalah yang berlaku ini terjadi bukan kerana salah faham tetapi kerana pihak berkenaan pandai-pandai menggunakan gambarnya tanpa izin untuk mempromosikan produk mereka.

Aishah Mengamuk Produk Kurus Guna Gambar Sebagai Testimoni Tanpa Izin

IKLAN

“Ini BUKAN KES SALAH FAHAM ini kes you pandai2 gunakan gambar orang lain tanpa izin utk promosi produk you.Kalau fan I tak bagi tahu senang2 saja you gunakan gambar utk lakukan produk you.Orang kalau nak jadikan seseorang duta ke apa ke semua kena ada contract yg diiktiraf bukan sekadar hantar produk sekotak dua,” tulis Aishah pada ruang kapsyen.

Melalui post yang lain, penyanyi ini turut menyatakan yang gambarnya sudah digunakan tanpa izin sejak dia menjuarai Gegar Vaganza ke-4 lagi.

Aishah Mengamuk Produk Kurus Guna Gambar Sebagai Testimoni Tanpa Izin

“Rupanya merata gambar ‘testimoni’ I ni…korang suka2 je ye jaja nama I buat testimoni palsu,dengarnya dari masa I menang GV4.This is a serious offence!!,” tulis Aishah lagi.

Hah, kan dah kantoi terang-terang! Rasanya taktik guna artis sebagai testimoni ni dah bersepah sangat di Instagram. Baru-baru ini, Amy Search juga berang dengan satu jenama produk yang menyalahgunakan gambarnya sebagai testimoni. Ingat ya, artis pun berusaha keras untuk cari makan, jadi pengeluar produk pun haruslah belajar menghormati periuk nasi mereka. Lagipun tak baik menipu customer, tak berkat sis!

Sumber: Instagram Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI