
Isi Kandungan
TogglePenyanyi Aina Abdul, tidak menafikan hatinya sedikit terguris dengan kecaman yang diterima selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, kecaman tersebut seolah-olah menidakkan segala usaha yang telah dicurahkan bagi memastikan setiap persembahannya tampil berkualiti dan memberi impak kepada penonton.
‘Merajuk, Tapi…’
“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah keterlaluan. Saya manusia biasa, saya rasa macam apa saja yang saya sudah buat selama ini di AJL dengan memberikan persembahan berkualiti, tidak dipandang kerana mereka tidak melihat pada kualiti.
“Bagi saya, saya bercakap bagi pihak saya, bukan orang lain. Saya sedikit berkecil hati bagaimana netizen melayan saya dengan cara ini.
“Sebab saya hanya ada satu matlamat saja, saya mahu jujur dalam karya saya dan itu yang saya perlihatkan. Bukan saya menunjuk atau ‘show off’,” katanya.
Mengakui dia gemar berfikir di luar kotak, Aina menjelaskan segala yang dilakukan adalah demi mereka yang benar-benar menghargai hasil seninya.
“Saya buat untuk mereka yang hargai seni saya. Mungkin ada orang yang akan benci saya lagi selepas ini, tapi tak mengapa, saya akan teruskan berjalan.
“Selagi saya ada sokongan dari keluarga kecil saya, saya akan baik-baik saja,” tambahnya lagi.
Pilih Untuk Kekal Positif
Mengulas mengenai reaksi netizen, Aina mengakui bahawa dia memilih untuk tidak terlalu melayan komen negatif dan lebih fokus kepada perkara yang membawa kebahagiaan.
Walaupun tidak dapat lari daripada tempias kecaman, juara AJL37 ini tetap berusaha untuk kekal positif dalam menghadapi kritikan.
“Mental saya, alhamdulillah, saya dapat hadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah langsung selepas AJL.
“Tapi bukan sebab saya lemah atau apa, tapi saya rasa lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing saya.
“Itu lebih penting daripada saya nak membaca komen-komen yang negatif. Sebab benda negatif ini tetap akan sampai tenaganya pada kita, walaupun saya cuba elak, ia tetap ada yang datang melaporkan pada saya,” jelasnya.
Aina bagaimanapun memahami setiap orang bebas untuk bersuara dan dia sendiri memilih untuk kekal berpegang pada prinsip untuk terus melakukan apa yang disukainya.
“Saya mahu kekal ‘grounded’ dan buat kerja saya. Saya ada banyak benda nak buat dan saya rasa kalau saya bagi lebih masa kepada benda itu, saya takut saya merajuk sampai bila-bila,” katanya lagi.
Kecaman Tak Hentikan Perjuangan
Biarpun dikecam termasuk menjadi mangsa buli siber dan ‘face shaming’, Aina menegaskan dia tidak akan berhenti melakukan apa yang dicintainya.
“Saya tidak akan berhenti melakukan apa yang saya lakukan. Setiap kali saya buat persembahan, saya akan berikan yang terbaik, bukan nak ‘show off’ tapi itulah yang patut saya buat.
“Saya belajar dari Allahyarham Datuk Sudirman, Anita Sarawak, orang-orang lama yang berkarya di atas pentas. Saya mahu menjadi seperti mereka. Itu cara saya memperagakan jiwa dan raga saya,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan kemenangan utama buat Aina di AJL39 telah mengundang pelbagai reaksi, termasuk segelintir netizen yang ‘bersorak’ atas kekalahannya.
Atas persembahan memukau, rezeki tetap berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai penerima trofi bagi Persembahan Terbaik AJL39 menerusi lagu Puas Sudah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rapat Dengan Neelofa Namun Tidak ‘Try’, Ini Jawapan Zizan Razak

Pelawak, Zizan Razak berkongsi sebuah foto dengan sahabat baiknya Neelofa dan menjelaskan ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak memikat wanita jelita itu.
Bintang asal Terengganu ini bagaimanapun secara seloroh mengatakan Neelofa bukanlah produk minyak wangi di kedai yang boleh dicuba sesuka hati.
Malah dia turut mencipta gabungan namanya bersama wanita itu.
@neelofa dan neeZizan. Terbelek2 phone ternampak pic ni. Dan ramai juga yang tanya Zizan nape tak try Lofa.
“Zizan jawab simple je “ko ingat lofa tu perfume dekat sephora nak try2” dan orang itu berlalu pergi hilang tah kemana whatsapp pun diblock ig pn private. Sekian cerita harini. #stayathome #kitamestimenang,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Terhibur dengan muat naik pelawak asal Terengganu itu, netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan spontan mengatakan Zizan telah ‘difriendzone’.
Foto : Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ada Peluang Boleh Cuba,” – Sharul Aimy Terbuka Soal Job Berlakon Atau Iklan, Rupanya Tak Pernah Bercinta!

Atlet gimnastik negara yang mencipta sensasi di Sukan Asia Hangzhou 2022, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam menzahirkan rasa syukur selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa sekaligus menamatkan penantian 17 tahun.
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.
“Saya memang bersyukur selepas menang pingat gangsa ini. Saya hampir menangis sebab ketika dia Sukan SEA, Kejohanan Dunia dan Sukan Komonwel lalu, saya tak dapat menang pingat.
“Jadi, bila pergi ke Sukan Asia ini, saya betul-betul meletakkan sasaran untuk bawa pulang pingat. Setidaknya saya tidak dikecam lagi.
“Ketika latihan pun saya tidak ada buat silap. Saya gembira bila dapat bawa balik sesuatu buat negara selepas 17 tahun,” katanya kepada MH.
Anak jati Terengganu ini berkata sedimikian ketika ditemui di program makan malam bersama media malam tadi.
Sementara itu, Sharul yang ketika ini sedang mengumpul dana untuk misi ke Sukan Olimpik turut memaklumkan dirinya terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon atau muncul di dalam iklan asalkan tidak menggangu rutin latihannya.
“Sebelum ini, saya pernah muncul sebagai cameo untuk sebuah drama di platform penstriman. Namun, itu pun saya sudah rasa agak mencanar.
“Walaupun babak saya hanya sekejap, tetap ambil masa dua hari untuk penggambaran. Sekadar mencuba itu mungkin boleh buat saya,”
“Saya tak perlu minta kebenaran persatuan sebab kalau ada jadual melibatkan kerja luar, saya akan buat pada waktu malam atau hujung minggu. Ia tak ganggu waktu latihan saya.
“Ketika ini pun, tawaran kerja di luar memang tidak menggangu prestasi saya. Dah banyak kali juga saya ada program penggambaran di luar, proses latihan saya juga tak terganggu,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia akan bergerak aktif di dalam dunia lakonan selepas bersara nanti, atlet berusia 22 tahun mendedahkan dirinya tetap mahu menabur bakti untuk sukan gimnastik.
“Kalau ada peluang, mungkin saya boleh cuba tapi fokus saya mungkin lebih kepada untuk menjadi jurulatih selepas bersara nanti. Memang impian saya untuk bawa pelapis ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Pada masa sama, Sharul turut memaklumkan dirinya belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana banyak lagi pencapaian yang belum diraihnya saat ini.
“Buat masa sekarang, saya masih single. Kini fokus saya adalah untuk mengejar impian saya dahulu. Saya belum lagi mencapai sasaran yang saya mahukan.
“Saya mahu ke Sukan Olimpik dan menangi banyak pingat dahulu. Selepas itu mungkin baru saya fikir untuk mencari pasangan.
“Jujurnya saya tak pernah bercinta. Minat pada seseorang itu ada tapi sekarang, saya banyak berkawan sahaja. Kalau nampak saya bersama perempuan di luar, itu hanya sekadar kawan.
“Saya tiada kawan di luar. Semuanya kawan-kawan di MSN dan UPM. Atlet lain mungkin tiada masalah untuk bercinta tapi bagi saya, belum masanya lagi,” akhirinya.
Pada 29 Sept lepas, Sharul Aimy menamatkan kemarau selama 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam sukan tersebut setelah berjaya meraih gangsa dalam acara melombol lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Terdahulu, Sharul difahamkan memerlukan dana sebanyak RM300,000 sebagai persediaan untuk misi ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Terkena Santau Angin,” – Dakwa Disantau Wanita Berbaju Kurung & Bertudung, Qazem Nor Buka Cerita

Berkongsi sebuah artikel mengisahkan dirinya pernah disantau suatu ketika dahulu, pelakon Qazem Nor, menyifatkan Allah Maha Mengetahui Segala-galanya.
Memetik laporan artikel tersebut, dia perasan akan perubahan diri apabila rambutnya gugur dan hampir botak.
Malah dia mengalami sakit kepala yang kronik.
“Saya tidak kenal siapakah yang tergamak melakukan perbuatan ini sehinggalah saya bertemu seorang pengamal perubatan.
“Saya terkejut apabila diberitahu saya terkena santau angin yang dikirim seorang wanita berbaju kurung dan bertudung, berkemungkinan peminat saya,” katanya dipetik.
Tambahnya lagi, dia meminta maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan.
Walaupun sudah sembuh daripada sakit misteri terbabit, namun perkongsian ini hanyalah sekadar peringatan buat netizen di luar sana agar sentiasa ingat akan Allah Yang Maha Besar.
Foto – Instagram Qazem Nor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI