“Agak Lama Juga Tidak Berjumpa Cikgu Shafi,” – Ayda Jebat Mengaku Belajar Vokal Menerusi YouTube

Share

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui sudah lama tidak menggunakan khidmat guru vokal bagi memantapkan persembahannya dari segi vokal serta kawalan suara.

Sebaliknya, Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat hanya menggunakan saluran YouTube menerusi paparan video paparan video tutorial yang dimuat naik.

Ayda bagaimanapun terharu apabila ada peminat yang mulai memuji kualiti vokalnya yang kian baik, terutama apabila mempersembahkan lagu genre balada.

“Buat masa ini, saya sudah agak jarang ke ke kelas vokal. Agak lama juga tidak berjumpa Cikgu Shafi sebab sekarang saya hanya belajar sendiri menerusi internet, di laman Youtube misalnya.

Kebiasaannya, saya akan menonton tutorial memantapkan vokal seterusnya membuat latihan beberapa hari sebelum persembahan.

“Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada video-video berguna yang dimuat naik di Youtube daripada tonton video yang bukan-bukan, lebih baik untuk cara cari tontonan sesuai dengan kerjaya saya,” katanya.

Bintang berusia 27 tahun ini terdahulu ditemui pada sesi pertunjukan fesyen Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.

Berkongsi mengenai penerimaan baik peminat terhadap persembahannya menerusi lagu-lagu genre balada pula, ini kata Ayda;

“Bagi saya, nanyian saya masih belum bagus. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Apa pun terima kasih buat peminat yang memberi respon baik. Saya hargainya,” kata Ayda.

Foto: Nurul Akmar

IKLAN