MH tertarik dengan perkongsian pelakon, Aeril Zafrel di laman Twitter miliknya mengenai surat cinta.
Dalam perkongsian tersebut, adalah terlihat konon-konon pelajar ini nak ‘mengayat’ seorang pelajar lain menerusi surat cinta.
Budak2 sekarang.. ada jgak aku sebat pakai getah paip ni.. pic.twitter.com/2TDfBjiIlo
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) February 6, 2018
Masa korang sekolah dulu mesti ada beri surat cinta pada ‘crush’ kan? MH yakin semua akan ada pengalaman ini.
Tak dinafikan, budak-budak sekarang ni, imaginasinya memang terlampau sampai getah paip pun boleh dijadikan ayat ‘pickup line’.
Ternyata perkongsian Aeril tersebut mendapat perhatian netizen yang turut terhibur dengan perkara tersebut.
MH percaya, mesti ada yang akan mengimbau kembali ayat-ayat ‘pickup line’ semasa beri surat cinta pada ‘crush’ dulu. Lucu juga bila teringatkan kenangan waktu sekolah ni kan?
Apa-apa pun MH ‘salute’ dengan idea kreatif budak-budak, harapnya janganlah terlampau kreatif sampai ‘jadi’ benda lain pula.
sumber: Twitter Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI