Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang pernah popular di zaman kanak-kanak dengan watak Asmawi dalam filem Tentang Bulan ini.

Punyai tubuh badan yang cantik dan sempurna, Aedy Ashraf pernah menggemparkan industri hiburan tanah air dengan sebuah video ‘man bun’ sambil menayang six pack.

??

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

Walaupun ada sesetengah pengikut terutamanya perempuan yang gilakan perubahannya dari seorang kanak-kanak comel hingga menjadi seorang lelaki dewasa.

IKLAN

Ada juga beberapa pihak yang tidak suka dan rasa terganggu dengan penampilannya yang terkini.

Ada netizen yang menganggap dia sengaja menayang tubuh dan ingin mendapat perhatian. Malah ada juga berpendapat Aedy seharusnya menjaga aurat dan tidak perlu terlalu kerap bergambar tanpa berbaju.

Aedy Ashraf Tayang Body, Tak Suka Jangan Tengok

IKLAN

Aedy Ashraf Tayang Body, Tak Suka Jangan Tengok

Namun menurut jejaka berusia 24 tahun ini menafikan semua itu di dalam akhbar Utusan.

IKLAN

Sebaliknya dia akui sering berkongsi gambar hot di instagram bertujuan menghargai diri sendiri setelah berhabis masa meluangkan waktu di gym.

“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya. Jadi itulah cara saya. Apa yang dipaparkan di laman sosial saya adalah diri saya sebenar.

“Dikecam atau tidak, saya tidak pernah ambil peduli. Tak suka jangan tengok. Kehidupan saya amat ringkas,” katanya yang langsung tidak ambil kisah tentang komen netizen yang suka mengecam.

Aedy Ashraf Tayang Body, Tak Suka Jangan Tengok

Aedy yang enggan menjadikan cerita ‘tidak berbaju’ ini sering menjadi topik hanggat berkongsi, dirinya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Blok 404 dan terlibat dalam beberapa pengambaran drama seperti Papa Nak Menantu danDendam Aurora.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI