“Adik Taufiq,” – Tahniah! Amar Asyraf Bakal Timang Anak Kedua, Makin Cerialah Keluarganya!

Share

Pelakon, Amar Asyraf mengumumkan bakal menimang anak kedua menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Kisahnya, dia berkongsi foto imbasan ultrasound anak keduanya itu.

“#Adiktaufiq #Anakbapak #Sykuralhamdulillah #Keluargaamarasyraf #Maybenotanotheramar,” tulisnya.

Susulan itu, ruangan komen Amar dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen.

Sebelum ini, pelakon drama Setia Hujung Nyawa berkahwin dengan Arna Salleh pada Jun 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Amar Taufiq pada Julai 2014.

Wah! Bertambah lagi ahli keluarga Amar, apa-apapun, tahniah MH ucapkan buat pelakon itu dan isteri.

Foto/Instagram: Amar Asyraf

IKLAN