Lama tak dengar cerita penyanyi, Adibah Noor kan? Rindu nak dengar suara beliau berkumandang sama ada di radio atau pentas-pentas anugerah.

Bagaimanapun, MH perasan Adibah agak aktif di media sosial dalam memberikan pendapat sekiranya melihat sesuatu perkara yang tidak ‘betul’.

Terbaru, beliau memuat naik satu ‘Tweet’ mengatakan dia ‘dengki’ dengan sebuah lagu yang dimainkan di radio sedangkan lagu-lagu artis berkualiti kini sudah jarang berkumandang.

“Ya.Secara jujurnya. Saya dengki. Dengki kerana lagu tu dapat perhatian yg luar biasa.Takde kena mengena dengan menidakkan rezeki.

“Ya. Rezeki masing-masing. Tapi ya. Saya dengki. Sebab org lain struggle bagai nak rak. BERKAIS bila nak menghasilkan “lagu”. So, there,” luahnya.

Agak-agak lagu siapa yang dimaksudnya Adibah itu ya? maklumlah sekarang ni memang banyak juga lagu yang sering diputarkan stesen radio tempatan.

IKLAN

Oleh itu, MH ada intai-intai komen dan respon peminat.

Namun apa yang kami nampak ramai jugak yang mengaitkan kenyataan Adiba dengan lagu seorang pengasas kosmetik.

Adibah Noor ‘Dengki’ Lagu ‘Seseorang’ Dimainkan Di Radio? Ini Pengakuannya!

IKLAN

 

Adibah Noor ‘Dengki’ Lagu ‘Seseorang’ Dimainkan Di Radio? Ini Pengakuannya! Adibah Noor ‘Dengki’ Lagu ‘Seseorang’ Dimainkan Di Radio? Ini Pengakuannya! Adibah Noor ‘Dengki’ Lagu ‘Seseorang’ Dimainkan Di Radio? Ini Pengakuannya! Adibah Noor ‘Dengki’ Lagu ‘Seseorang’ Dimainkan Di Radio? Ini Pengakuannya!

IKLAN

Bagi MH, tak salah menyuarakan pendapat namun biasalah zaman sosial media ini, semua sudah berbeza.

Dan selera pendengar juga adakalanya berubah, mungkin Adibah tidak bermaksud untuk ‘mengeji’ lagu tersebut. Tetapi mungkin agak ‘cemburu’ dengn peluang yang dimiliki ‘penyanyi’ tersebut.

sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI