Semalam heboh tentang video tular yang merakamkan salah satu babak dalam sebuah drama arahan pengarah dan penerbit, Michael Ang.

Rakaman dalam video tersebut yang merakamkan adegan bercium antara dua watak utama iaitu Fattah Amin dan Janna Nick tersebar di media sosial apabila seorang pelakon baru, Fara Mendoza telah memuat naik babak tersebut di akaun Instagram miliknya.

Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Setelah video tersebut dimuat naik oleh Fara, nampaknya ianya menjadi tular apabila sebuah akaun Instagram bernama @fatt4stictv8oxds telah memuat naik semula video Fara tadi di akaun mereka.

Perkongsian @fatt4stictv8oxds ini telah mengundang pelbagai kecaman yang tidak bersetuju dengan adegan cium dalam babak tersebut walaupun ianya hanya lakonan dan tidak bersentuhan.

IKLAN

MH Online mendapati setelah kecoh dan ramai yang mengecam adegan cium tersebut, pemilik akaun @fatt4stictv8oxds dan Fara telah memadam video tersebut namun ianya sudah terlambat kerana video itu sudah mula tular di internet.

https://youtu.be/A7rnp_JUBb8

Nampaknya rata-rata netizen telah mengecam babak ini dengan teruk sekali kerana bagi mereka babak cium itu boleh menggalakkan golongan remaja untuk meniru aksi tersebut.

IKLAN

Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

IKLAN

Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

Setiap orang berhak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing namun mungkin pengarah drama ini mempunyai alasan yang tersendiri mengenai babak cium ini.

Sumber: Instagram Fara Mendoza & Youtube Malaysia Viral 2.0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI