Categories: Uncategorized

Adam Nazmie Cemerlang ‘Da Bomb’ 79.50%, Peserta ‘Bottom Three’ Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Big Stage Rocketfuel

Share

Tiga bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z mampu menarik nafas lega apabila tiada mana-mana peserta yang diumumkan tersingkir dalam sainga konsert minggu kelima.

Malam tadi, ketiga-tiga peserta itu berada di kelompok tiga terbawah selepas memperoleh markah paling rendah daripada barisan juri menerusi persembahan masing-masing.

Terbaik Adam Nazmie!

Sementara itu, Adam Nazmie berjaya muncul sebagai peserta terbaik minggu ini apabila sukses menambat hati juri menerusi persembahan lagu

Da Bomb, yang dipersembahkan secara duet bersama Sarah Suhairi.

Pasangan duo adik-beradik itu memperoleh markah sebanyak 79.50% sementara tempat kedua disandang Ranisha yang menyampaikam lagu ‘Kamu’ bersama Daniel Chuer dengan 78.50%.

Hussain pula meraih 73.75% dan berada di kedudukan ketiga menerusi persembahannya bersama Putera Muhammad di dalam tugasan Multi-Track: A Duet With Popular BBNU Artist itu.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/adam-nazmie-kuasai-big-stage-rocketfuel-minggu-ketiga-dengan-74-33-tiada-rezeki-sabrina-jadi-peserta-kedua-tersingkir/

Peserta Rebut Kontrak Bernilai RM200,000

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta akan berentap bagi merebut tiga gelaran utama yang menawarkan Rocketfuel Artist Development Contract

bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta bersaing pada musim ini, terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.

Hadiah tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH