Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh umat Islam dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelakon, Adam Corrie yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Corrie menerusi akaun Instagramnya semalam. Di ruangan kapsyennya dia telah meluahkan rasa syukur atas anugerah yang diterimanya ini.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

IKLAN

“Alhamdulillah , saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat Negeri Selangor .

 

“Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya.

 

“La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

 

“Alhamdulillah. Salam Maal Hijrah 1439h buat semua. #adamcorrie #maalhijrah,” tulisnya.

Bangga melihat pencapaian yang diterima oleh Corrie ini. Rata-rata pengikutnya juga telah mengucapkan tahniah dan mendoakan agar terus istiqomah.

drchemah: Tahniah saudara @adamcorrielee.. semoga usaha kita yg kecil didunia dipandang Allah diakhirat nnti. Kita doakan saudara sentiasa sihat dan dpt terus memanfaatkan ummah dlm skala yg lebih besar lagi. Alhamdulillah.. thank you Allah for having u with us.

IKLAN

finnakirana: Alhamdulillah…tahniah abang adam corrie..semoga sentiasa istiqomah…

hajarkamal: Alhamdulillah. Tahniah. Im ur silent follower. Suka baca posting2 kamu. Islam bukan utk Melayu sahaja. Suka tengok cara u adapt slowly and melayan isteri dgn sangat baik. Semoga terus istiqomah dan terus share posting2 yang indah ?

IKLAN

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Corrie dan Salam Maal Hijrah daripada kami buat seluruh umat Islam di negara ini..

Sumber: Instagram Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI