Terus giat mendalami ilmu agama, saudara baru, Adam Corrie Lee bukan sahaja memanfaatkannya untuk diri sendiri, tetapi juga sebagai pendakwah.

Biarpun dicemuh, selebriti berusia 49 tahun ini nekad untuk terus istiqamah dengan pegangannya itu demi mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Sebenarnya, hidup sebagai mualaf itu mudah malah dalam Islam juga sudah menjelaskannya.

 

“Tetapi, sikap segelintir masyarakat Islam itu sendiri yang menyukarkan.

 

“Alhamdulillah, saya tetap berpegang pada niat sebenar memeluk Islam,” katanya pada Media Hiburan.

 

Menggalas dua tanggungjawab berat, Adam bagaimanapun menyedari terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi sejak memeluk Islam pada 2007.

 

“Ada memandang saya sebagai mualaf yang tiada apa-apa ilmu agama.

 

“Ada juga komen di Facebook, suruh saya jangan poyo sangat nak jadi pendakwah.

 

“Jadi, individu-individu seperti ini yang membawa hidup mualaf itu penuh dengan dugaan,” katanya.

Pun begitu, pemilik nama asal Lee Choon Kooi ini enggan mengalah dan terus berdoa kepada ALLAH agar diberi petunjuk.

IKLAN

“Walaupun ada sedikit terasa hati, saya balas setiap komen dengan cara yang baik.

 

“Saya berdoa agar diberi peringatan baik supaya saya boleh menjadi pendakwah yang baik secara perlahan-lahan.

 

“Saya sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran,” katanya.

Tanpa disedari, Adam berjaya menarik lebih 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama Islam sejak bergelar mualaf hampir 10 tahun lalu.

Atas niat membantu golongan saudara baru ini, Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad menubuhkan Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, sejak tahun lalu.

IKLAN

Katanya, tujuan utama pertubuhan itu adalah untuk membantu golongan mualaf yang memerlukan bantuan dari segi ilmu dan pengetahuan.

IKLAN

Pada masa sama, katanya, pertubuhan itu juga berusaha mencari dana untuk membawa golongan mualaf menunaikan umrah secara percuma.

“Pertama kali mengerjakan umrah, saya rasa sangat seronok.

 

“Di sana saya dapat merasai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana baginda mengembangkan Islam dan sanggup menggadai nyawa demi Islam dan menguatkan akidah umat Islam.

 

“Jadi, saya nak perasaan itu turut dirasai oleh mualaf lain,” katanya.

Sehingga hari ini, katanya, Pertubuhan Kembara Iman Malaysia sudah membawa lebih 90 mualaf menunaikan umrah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI